🍃Renungan pagi🍃
💟"Aku taubat sesaat, pastu kembali maksiat"
💟"Susah la berubah. Berubah tak istiqomah (konsisten)pastu kembali semula berjahiliah!"
💟Malam itu,suaramu mendayu-dayu.Merayu-rayu kepada Dia meminta keampunan; "Allah ampunkan aku......."😢
💟Allah balas; "Aku telah ampunkan kamu......"
💟Lalu selepas malam itu, paginya kamu ulang dosa kamu.Kamu menangis syahdu menyesali dosamu "Allah,ampunkan aku"😢
"Aku ampunkan" Dia balas.
"Aku telah ampunkan dosa kamu wahai hambaku..."
💟Itu juga jawapan Allah ketikamana pada esoknya kamu menangis kerna ulang lagi dosa kamu.😢
Siang kamu berdosa,Malam kau kembali pada-Nya.
💟Lalu siang esoknya ulang lagi dosa kamu lalu malamnya bertaubat.
Namun,Allah tetap ampun!
▶️Maka apakah Allah yang Maha Penyayang itu tidak layak untuk kamu KORBANKAN MASA CINTA DUNIA INI, LALU BERSUJUD CINTA KEPADANYA.....!!?
Mengapa kita sombong..?
Mengapa kita angkuh..?
▶️Apakah Allah itu tidak layak untuk kita cinta sepenuhnya..?
Apakah kita lupa siapa Dia....?
Muhasabah...
➡️Berapa lama sudah tidak tahajud?
➡️Berapa lama tidak nangis kerana Allah?
➡️Berapa lama tidak baca quran dengan cinta?
▶️Hidup dunia hanya sementara,di akhirat jua kekal selamanya
▶️Ingatlah Allah itu Tuhan kamu.Bukan kawan kamu.Cintailah Dia melebihi segalanya!!
▶️Ketika kamu susah,kamu cari Allah.Ketika kamu senang kamu LUPA ALLAH, kamu ABAI ALLAH...!!
Siapakah Allah dalam hidupmu..??
Tuhan atau kawan...??
▶️Lupakah kamu... dulunya kamu tiada.Kamu mati,Kamu kosong.Lalu Allah cipta kamu kerna cinta, lalu hidupkan kamu atas muka bumi ini.
Lupa???
▶️Jawab soalan saya ini;
"Di mana Allah dalam hati kita?"
"Siapa Allah hidup kita?"
"Kenapa Allah sering dilupa?"
▶️Allah gembira apabila kita kembali kepada-Nya, Allah cinta kepada mereka yang bertaubat.
Lalu, apa lagi?
Marilah kita buat Allah gembira! 😌
▶️Sahabatku,jom kita cinta Allah dengan sebaik-baik cinta.
▶️Pesanan terakhir;
➡️Jangan pernah putus asa dalam bertaubat.
➡️Bukan dengan sekali taubat,kita terus jadi Malaikat.
Moga Allah redha & sayang akan kita,Syurga Allah InshaaAllah untuk kita.
Dari Seorang Hamba,
🌷Salam sayang semua 💐