BEST BIZ SHAKLEE
Bagi saya, amalan utama di dalam sebarang biz ialah BACK TO BASICS...
But, first of all, jagalah NIAT.
Seterusnya, diikuti langkah-langkah lain.
1) NIAT
Setiap sesuatu dimulakan dengan niat.
Niat ini sangatlah penting kerana ia akan menjuruskan halatuju sesuatu pekerjaan kita.
Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W.
Maksudnya:
” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dengan itu, perbetul niat kita untuk berbiz.
Saya mempunyai pelbagai niat dan niat saya yang paling utama ialah hendak membantu manusia mencapai taraf hidup yang lebih sihat.
Semoga ianya dikira amal jariah saya semasa hidup dan mati kelak.
Selain itu, banyak niat saya.
Membantu diri untuk lebih maju.
Membantu keluarga untuk lebih maju.
Membantu saudara mara, sahabat handai, kenalan taulan, jiran tetangga agar lebih maju.
Maju dalam kesihatan, maju dalam taraf hidup, maju dalam ilmu, maju di dalam silaturrahim...
Endless progress until the end of our live.
Baiklah, itu niat saya secara satu persatu namun agak am.
Yang spesifik itu sudah saya senaraikan dalam buku ajaib kesayangan saya dan saya tampal di dinding untuk tatapan harian.
Semoga ia menjadi doa yang dimakbulkan Allah, Amin.
Jadi, bagaimana dengan anda?
Fikirkan kenapa mahu berbiz...
2) BACK TO BASICS
Dalam setiap perkara, kita mesti ingat, kita milik Allah.
Jika mahu berjaya, buat APA YANG ALLAH SURUH.
Buat apa yang ALLAH SUKA.
Jadi, saya senaraikan apakah kandungan di dalam BACK TO BASICS tersebut.
1) Solat wajib di awal waktu
2) Solat tahajjud setiap malam walau 2 rakaat cuma.
3) Solat dhuha setiap hari walau 2 rakaat cuma.
4) Solat taubat setiap hari.
5) Solat hajat setiap hari.
6) Perbanyakkan istighfar.
7) Perbanyakkan zikrullah terutama yang mengundang rezeki.
8) Perbanyakkan membaca ayat suci Al-Quran.
9) Perbanyakkan sedekah.
3) USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH TANPA HENTI DAN JEMU
Baiklah, niat dah ada, back to basics sentiasa jadi amalan...dalam masa yang sama, usahalah dan terus berusaha. Dalam biz, memang mesti kreatif. Macam mana nak kreatif, mintalah pada ALLAH agar dikurniakan ILHAM...Bila ILHAM datang, usahalah dengan pelbagai cara. Usaha untuk memasarkan produk Shaklee. Bab ni, yang penting ialah PROMOSI. Banyakkan PRODUCT SHARING. Sebab melalui perkongsian produklah baru ramai orang mengenali apa yang kita jual. Mula-mula memang segan, malu dan berbagai campur baur perasaan tetapi sudah lama kelamaan nanti, rasa seronok dan puashati dapat bantu ramai orang yang sudah mencubajaya produk Shaklee.
4) MESTI ADA PUSH FACTOR
Kenalpasti push factor untuk kita menjalankan biz Shaklee.
Kerana, push factor inilah yang akan membuatkan kita terus menerus berjuang tanpa henti.
Adakah kerana mahu membantu taraf hidup ibubapa?
Adakah kerana mahu menanggung pengajian anak ke luar negara?
Dan pelbagai lagi...
Bila kita rasa penat dan mengah serta lemah semangat, push factor inilah yang akan menjana kembali kekuatan, kesungguhan dan semangat untuk terus berbiz, in sya Allah.
5) BERBAIK DAN RAPAT DENGAN YANG TELAH BERJAYA
Ini sangat penting sebab kita mahu belajar.
Kikis dan buang sifat segan, malas dan menyendiri.
Pastikan kita sentiasa berbaik dan rapat dengan UPLINE kita yang aktif dan lebih berjaya.
Pastikan kita berada di dalam kumpulan kerana kita akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah hanyut.
Di dalam kumpulan, banyak kita dapat pelajari terutamanya yang telah lebih awal berjaya.
6) SENTIASA BELAJAR
Merendah dirilah kita dengan ILMU.
Carilah ilmu dengan pelbagai cara.
Melalui rakan sebiz, internet, buku-buku, perbincangan dan pelbagai.
Yang ni, mestilah rajin.
Seorang biz person yang berjaya sentiasa menimba ilmu, ilmu produk, ilmu pemasaran, ilmu agama, dan pelbagai lagi.
7) TARGET DALAM SHAKLEE
Setiap bulan mesti ada peningkatan.
Peningkatan personal PUV
Peningkatan group GUV
Peningkatan pemasaran
Peningkatan jumlah pelanggan
Tapi, yang penting dalam Shaklee, mesti tahu 6 STEPS yang melayakkan kita un tuk mendapat BONUS BULANAN mengikut peratus tertentu yang telah ditetapkan...
Nak tahu??? Nak tahu lebih lanjut...
Sila hubungi saya di talian 012-3064843...
Saya akan bantu semaksima dengan izinNya.
Semoga kita maju dalam BIZ untuk kesejahteraan sejagat.
No comments:
Post a Comment