08 November 2014

Punca Gastrik yang Extreme

ok,seperti yang dijanjikan entry gastrik ku yang entreme..start gastrik dari zaman awal bekerja...mungkin terlalu stress keje dengan makan tak menentu ...bila makan pon dh petang bru bole makan..itu adalah punca utama gastrik melanda diri saya ni...lepas biar punya biar...mula la gas tu naik smpi ke tekak dan muntah la ape lagi...memang sangat  tak tahan kalau dah start muntah...tp alhamdulillah lepas kenal shaklee mula consume ESP,BCOMPLEX & OSTEMATRIK SHAKLEE... sekarang saya sudah bebas dari gastrik...


GASTRIK atau GASTRITIS (istilah perubatan) adalah keradangan pada lapisan perut…ia boleh berlaku secara tiba2 dan dlm jgka masa yg pendek (acute) ataupun secara berperingkat dan dlm jgka masa yg panjang (chronic)..
ULSER PEPTIK pula adalah luka kecil yg berlaku pd permukaan lapisan perut, duodenum (bhg pertama dlm usus kecil) atau bhg bawah esofagus. sekiranya seseorang itu mempunyai keradangan pd lapisan perut (gastritis), tentu sahaja lebih mudah utk terjadi luka di kawasan tersebut..
permukaan lapisan perut mempuyai sel yang berfungsi utk mengeluarkan asid dan enzim yg penting utk pencernaan makanan. ia juga mengeluarkan mukus yg berperanan sbg pelindung kepada permukaan perut tersebut. jadi…apabila keradangan pada lapisan perut berlaku (GASTRIK), hanya sedikit asid, enzim dan mukus yg akan dirembeskan…permukaan lapisan perut akan lebih mudah terhakis kerana kekurangan mukus yg menjadi pelindung dan ini menyebabkan luka kecil berlaku…apabila luka telah berlaku, pada tahap inilah ia dipanggil ulser peptik..
pelbagai FAKTOR dikenalpasti menjadi punca kpd penyakit ini.antara punca GASTRITIS adalahnya:
1. pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan
2. penggunaan ubat anti keradangan yang bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti aspirin dan ibuprofen..ubat2 ini selalunya diberikan oleh doktor utk merawati sakit keradangan sendi (arthritis) dan keradangan2 lain…ubat ini boleh menyebabkan gastritis jika diambil dalam jangka masa yg agak lama.
3. jangkitan virus, kulat atau bakteria. bakteria yg seringkali dikaitkan dengan penyakit ini dan merupakan penyebab utama adalah Helicobacter pylori.. bakteria ini mudah merebak di kawasan yang kurang bersih dan masuk ke dalam badan manusia melalui makanan atau air yg telah dicemari oleh bakteria ini.
4. penyakit autoimmune dimana sistem immunisasi yg sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel2 di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut.
5. refluks hempedu (bile reflux) – refluks hempedu atau aliran balik hempedu ke dalam perut boleh menyebabkan keradangan pada dinding perut.
6. pernicious anaemia – satu penyakit kekurangan darah merah di mana perut tidak dapat menyerap vitamin B12
7. punca2 lain adalah seperti berlakunya keadaan yg menyebabkan stress melampau seperti trauma, pembedahan major dan luka akibat kebakaran.
non-steroidal anti-inflammatory drugs
non-steroidal anti-inflammatory drugs
GEJALA gastritis:
1. sakit perut di bhg atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) samada di bhg tgh atau kiri dan boleh merebak ke belakang.
2. rasa loya
3. muntah ( isi kandungan muntah mungkin jernih, kuning atau kehijauan, mengandungi jalur darah ataupun darah sepenuhnya bergantung pd tahap penyakit ini)
4. sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit)
5. kembung perut
6. rasa kenyang dgn hanya makan dlm kuantiti yg kecil
7. hilang selera makan
8. turun berat badan
sakit pd bhg atas perut samada di bhg tgh atau kiri
sakit pd bhg atas perut samada di bhg tgh atau kiri
ULSER PEPTIK
ulser peptik boleh berlaku pada 4 bahagian di dalam badan iaitu pada:
1. duodenum iaitu bhg pertama usus kecil ( dipanggil duodenal ulcer)
2. perut (dipanggil gastric ulcer)
3. esofagus (dipanggil esophageal ulcer)
4. Meckel’s diverticulum (dipanggil meckel’s diverticulum ulcer)
ulser peptik
PUNCA2 terjadinya ulser peptik adalah:
1. punca utama adalah keradangan lapisan perut yg disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori..
2. ubat anti keradangan bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs)- ubat ini menghalang tindakan cyclooxygenase 1 (enzim di dalam perut yang berperanan untuk menghasilkan prostaglandin dimana prostaglandin berfungsi sebagai pelindung pd lapisan perut)
3. merokok merupakan salah satu punca berlakunya penyakit ini tetapi merokok sahaja tidak begitu berisiko untuk mendapat ulser peptik melainkan seseorang itu juga menghidapi jangkitan Helicobacter pylori.
4. diet yang mengandungi makanan pedas juga merupakan salah satu faktor
5. gastrinomas (zollinger Ellison syndrome) adalah ketumbuhan atau tumor yamg jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan kewujudan ulser dan ulser tersebut amat sukar untuk dipulihkan.
makanan pedas meningkatkan risiko ulser peptik
mengikut kajian, makanan pedas meningkatkan risiko ulser peptik
GEJALA ulser peptik adalah :
1. sakit perut di bahagian atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) samada di bhg tgh atau kiri dan boleh merebak ke belakang.
2. sakit perut ini berkait rapat dengan pemakanan.. sakit perut disebabkan duodenal ulcer selalunya akan pulih apabila pesakit makan manakala sakit yang disebabkan gastric ulcer akan bertambah sakit jika pesakit itu makan
3. perut terasa kembung dan penuh
4. rasa loya dan muntah yang banyak
5. hilang selera makan dan turun berat badan
6. muntah darah dan mengeluarkan najis yg sgt hitam seperti warna hitam tar merupakan komplikasi penyakit ini dimana ulser tersebut telah mengalami pendarahan.
KOMPLIKASI ulser peptik:
1. pendarahan ulser di dlm perut
2. perforasi – ulser yg membengkak dan membesar di dalam perut boleh menembusi lapisan perut dan merebak ke bahagian lain seperti hati dan pankreas
3. kanser perut -jangkitan Helicobacter pylori meningkatkan risiko untuk mendapat kanser perut 3 hingga 6 kali lebih daripada orang biasa.
UJIAN yg dijalankan utk mengenalpasti penyakit ini adalah:
– utk diagnosis penyakit ini, endoskopi dan barium study akan dilakukan sekiranya pesakit tidak pulih selepas beberapa minggu rawatan… prosedur endoskopi ialah memasukkan kamera ke dalam badan untuk melihat sistem pencernaan manakala barium study pula adalah prosedur di mana pesakit akan diberikan barium untuk diminum.. barium adalah sejenis bahan yang mampu memperlihatkan saluran pemakanan dengan lebih jelas lagi pd x-ray
– ujian darah – ujian darah akan dilakukan untuk melihat samada pesakit mengalami kekurangan darah atau tidak…kekurangan darah boleh berlaku akibat pendarahan dalaman yang merupakan komplikasi penyakit ini.
– ujian pada najis – ini akan dilakukan pada pesakit yang mempunyai gejala dimana najis mereka berwarna hitam seperti warna hitam tar..ujian ini adalah untuk menentukan samada terdapat darah pada najis mereka atau tidak
– ujian utk mengenal pasti jangkitan bakteria Helicobacter pylori- ujian ke atas nafas, darah dan juga najis pesakit perlu untuk mengenal pasti jangkitan bakteria ini.. jangkitan kuman ini juga boleh dipastikan melalui biopsi yg diambil pada perut pesakit semasa proses endoskopi.
RAWATAN bg kedua2 penyakit ini adalah:
1. antasid- ia merupakan satu ubat yang mampu meneutralkan asid di dalam perut sekaligus mengurangkan kesakitan dengan cepat.
2. pesakit di bawah rawatan anti-keradangan bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) selalunya akan diberikan prostaglandin analog (misoprostol) untuk mencegah daripada berlakunya ulser
3. antibiotik juga akan diberikan utk menghilangkan jangkitan Helicobacter pylori
pesakit juga akan dinasihatkan supaya:
1. kerap makan. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
2. minum susu.
3. jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh memburukkan lagi ulser seperti stress dan merokok.
4. pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli dpt membantu melindungi lapisan perut.
5. amalkan pengambilan probiotik (bakteria baik) dlm makanan.

BAGAIMANA PULA SUPLEMEN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?
suplemen untuk dapat anak
Energizing Soy Protein (ESP)
Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.
suplemen untuk dapat anak
B Complex
bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.
melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.
ostematrix
Ostematrix
vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843


No comments:

Post a Comment