29 November 2014

Cara menentukan masa kesuburan wanita

Semua pasangan yg dah bina rumahtangga tentu ada impian nak timang cahaya mata. Kalau sebelum ni berdua mesti ada yg nak jadi bertiga. Bukan tambah isteri ye kawan2. Tambah ahli keluarga baru iaitu anak2. Ye lah, anak2 ni penyeri rumahtangga. 

Tapi berapa ramai yg sedar sebenarnya kesuburan dan kehamilan ni semua adalah ketetapan Allah. Macam mana Allah dah tetapkan rezeki, jodoh, kematian, begitu jugak la dengan kesuburan dan kehamilan ni. Ada yg diberikan rezeki anak, dan anak2 nya menjadi belaka. Sejuk rahim ibu yg mengandungkan. Ada yg diberikan anak,  anak itu yg patutnya menjadi saham akhirat mereka, tapi akhirnya menjadi neraka dunia buat ibu bapa. Jadi, walau apa pon ketentuan, terima lah dengan hati yg terbuka. Semua benda ada hikmahnya.

Ok dah melalut. Kata nak cerita pasa cara nak tentukan kesuburan kan. Ke laut pulak perginya.

Ok. Setiap bulan anda mempunyai kira-kira 20% peluang untuk hamil (bergantung kepada umur). Lagi meningkat umur, lagi rendah la peluang hamil(rendah je bukan bermakna tak berpeluang langsung okey). 

Kajian Barret dan Marshall pula mendapati hubungan jima' secara rawak hanya mencapai 24% peluang kehamilan bagi setiap kitaran haid bagi seseorang wanita.

Maknanya, peluang kehamilan dapat ditinggikan hanya dengan mengira waktu kesuburan isteri. Jom ikuti panduan berikut untuk membantu anda mengenal pasti hari-hari subur dan insyaAllah akan membantu anda hamil dengan cepat! 

1. Tentukan purata panjang kitaran haid

Ramai yang menganggap kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Kitaran haid yang normal bermakna setiap bulan haid datang secara tetap. Sebenarnya purata kitaran haid yang normal adalah diantara 26-32 hari ya. Jenuhla kalau cycle 30 hari nak paksa jadi 28 hari kan? hehe. 

Ini cara tentukan panjang kitaran haid korang. Tandakan di kalendar hari pertama datang haid. Tunggu hingga haid seterusnya bulan hadapan, tanda hari pertama datang haid juga. Dari situ korang boleh kira dari tarikh haid pertama hingga haid seterusnya. 

Contoh: Hari pertama haid 24 Mei, haid seterusnya 21 Jun, itu bermakna kitaran haid  korang ialah 28 hari. Jika haid bermula 23 Jun, itu bermakna kitaran haid korang 30 hari. Teruskan mencatat kitaran haid korang selama beberapa bulan untuk mengetahui kitaran haid yg sebenar.

Sekarang ni ramai yg guna smartphone kan. Dalam playstore masing2 mesti ada application untuk kira cycle camni.  Saya pon ada guna. Bila kita masukkan tarikh period , aplikasi ini akan kira purata kitaran saya, waktu ovulasi, dan jangkaan tarikh haid seterusnya!

2. Kenal pasti "fertile window" korang.

Anggapan hari subur jatuh pada hari ke 14 sebenarnya adalah tidak tepat. Wanita yang kitaran haidnya tetap 28 hari mungkin subur pada hari ke 14, tetapi tidak bagi wanita yang kitaran haidnya lebih pendek atau panjang. Cara kiraan 14 hari dari tarikh mula haid juga adalah tidak tepat. Sebenarnya korang  perlu tolak 14 hari dari jumlah hari kitaran haid. 

Contoh:

Kitaran haid 28 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 14
Kitaran haid 30 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 16
Kitaran haid 32 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 18.

14 hari terakhir dalam kitaran haid dipanggil 'luteal phase'. Menurut babymed.com, fasa luteal harus berlangsung sekurang-kurangnya selama 12 hari untuk memastikan bahawa telur yang disenyawakan mempunyai masa yang cukup untuk implantasi.  Fasa luteal yang kurang dari 12 hari adalah dianggap tidak normal dan perlukan rawatan doktor.

Cara paling mudah menentukan "fertile window" ialah dengan mengunakan kalendar ovulasi. Kalendar ini akan memberi jangkaan tarikh bila waktu anda paling subur. Kaedah ini tidak setepat carta kesuburan atau 'ovulation test kit', tetapi ia boleh memberi anggaran waktu dengan syarat kitaran anda adalah tetap.

3. Perhatikan tanda-tanda subur
Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan korang mungkin subur termasuk: keinginan libido meningkat, rasa kembung, sakit kepala, peningkatan lendir serviks dan lain-lain. 

4. Gunakan 'basal thermometer'

Jika korang nak tahu dengan tepat waktu ovulasi, cara terbaik ialah dengan menggunakan carta kesuburan. Setiap pagi, sejurus terjaga dari tidur (sebelum bangun dari katil) ambil suhu badan korang. Adalah penting untuk mengambil suhu pada waktu yang sama setiap hari.

Teruskan mencatat suhu badan secara konsisten dan korang akan mula perasan satu corak di mana suhu badan sebelum ovulasi adalah rendah, tetapi sejurus selepas ovulasi suhu badan akan meningkat dan korang akan nampak perubahan ini di dalam carta. Tetapi ianya tidak tepat jika korang mahu mengagak waktu ovulasi, kerana apabila suhu badan berubah itu bermaksud korang dah pun berovulasi. 



5. Gunakan kit ujian ovulasi

Ujian ovulasi direka supaya dapat mengesan hormon yang dikenali sebagai 'luteinizing hormon' (LH). Hormon ini akan meningkat mendadak sejurus sebelum ovulasi. Ovulasi boleh berlaku antara 12 hingga 48 jam selepas ujian ovulasi positif. Jika mendapat keputusan yang positif, korang perlu merancang untuk mengadakan hubungan pada hari yang sama dan sehari atau dua hari berikutnya. Terus bersama selagi masih ada lendir serviks yang subur. Apabila lendir sudah kering, sudah pastinya korang dah berovulasi. Jika pada masa yang sama korang menggunakan carta kesuburan korang boleh lihat suhu badan korang akan kekal tinggi selepas ovulasi.

Cara guna ujian ovulasi ini sama dengan ujian kehamilan, cuma perlu tentukan tempoh kesuburandahulu (guna carta atau guna kiraan haid) dan buat ujian setiap hari dua kali sehari sehingga dapat keputusan positif

contoh ujian ovulasi 



6. Tentukan waktu untuk mengadakan hubungan intim

Sebaik sahaja korang boleh mengagak bila korang ovulate, sama ada dengan menggunakan kaedah kalendar atau carta kesuburan, korang bolehla menentukan masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim. 

Menurut kajian, peluang terbaik  untuk hamil berlaku semasa dua hari sebelum ovulasi. Jika ovulasi telah berlaku, peluang untuk hamil agak tipis kerana telur tidak boleh bertahan lama. Inilah sebabnya mengapa bersama beberapa hari sebelum ovulasi memberikan peluang terbaik untuk hamil. Hubungan intim pada hari ovulasi juga membantu, tetapi penyelidik telah mendapati bahawa melakukan hubungan intim dua hari sebelum ovulasi adalah paling tinggi peluang untuk mengandung. 


Itulah antara kaedah untuk menentukan waktu subur. Bila dah tahu waktu subur, peratusan untuk hamil tu agak tinggi la. Sambil2 tu, korang boleh la makan suplemen untuk kesihatan dan meningkatkan potensi kehamilan.

Ingat jugak, kesuburan ni melibatkan kedua2 pasangan. Jangan si isteri je sibuk merancang dan mengira waktu kehamilan, sedangkan suami sendiri sebenarnya ada masalah kesuburan. Kalau betul ada masalah untuk dapatkan anak, eloklah refer kepada mereka yg pakar. Nak makan suplemen untuk ikhtiar tak salah, tapi dalam masa yg sama, nasihat daripada mereka yg ahli tu pon sama pentingnya.


Nak tahu suplemen untuk merancang kehamilan atau suplemen untuk ibu2 yg hamil??

PM/Call/SMS/WhatsApp 0123064843 untuk dapatkan TAWARAN HEBAT, HARGA ISTIMEWA & KONSULTASI PERCUMA!!

No comments:

Post a Comment