30 November 2014

SINTOM-SINTOM TIBI DAN SUPPIMENT

Tibi & Shaklee



















Ok, arini nak cakap pasal tibi ni penyakit yang kita xjangka..last month my uncle was dead
 cause of Tibi ni...dia punya sintom batuk ,demam on off on off...then terus jadi teruk koma
 dan meninggal...sedekah kan Al-fatihah pada uncle salleh... Tibi bukan penyakit keturunan. 
Cuma mungkin sebab dah nak terkena. 

 Tahukah kita yg penyakit tibi ni antara penyakit TERTUA di dunia ni. Sebabnya penyakit
 ini dilaporkan ditemui pertama kali di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir
 sekitar tahun 460 sebelum masihi. hippocrates telah mengenalpasti yg tibi ni penyakit paling
 tersebar luas pada masa itu dan selalunya membawa MAUT. Jangan takut. Itu dulu. Sekarang
 Insya Allah ada caranya. Mak saya pon dah bebas tibi. =) 

 Sejarah penyakit tibi kat Malaysia pulak kalau korang nak tau antara tahun 1945 hingga 1957, 
tahun kita merdeka, tibi adalah pembunuh nombor satu di Malaya. Waktu tu, sebahagian
 besar katil lat hospital penuh dengan pesakit tibi. Sebelum kita jumpa penawar mujarab 
untuk wabak tibi yg masa tu turut melanda dunia, pesakit tibi dikuarantinkan di satu
 tempat terpencil "sonatorium" bagi mengelak jangkitan berlaku. Masa tu, ubat yg
 diberikan hanyalah makanan berkhasiat bagi membina tubuh yg kuat. Itu dulu la.

 Meh la kita berkenalan dengan tibi ni ok! Apa sebenarnya tibi ni? Pernah dengar 
batuk kering? Tu pon nama lain bagi tibi. Kita orang melayu mungkin lagi kenal
 batuk kering daripada tibi. Tapi bila sebut batuk kering, maka ketakutan kita
 terhadap sakit tu kurang degreenya. Sebab ianya sekadar batuk dan batuk akan
 hilang sepertimana selesema jugak. Ini TIDAK BENAR.

Kebanyakan individu yg dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi sebab
 kuman2 tibi akan terpendam dan tak aktif dalam badan. Kadang2 sampai akhir hayat begitu je. 

Kuman2 tibi tiba2 jadi aktif bila SISTEM IMUNISASI GAGAL halang mereka 
daripada membiak di dalam badan. Setengah org yg dijangkiti akan dapat penyakit
 tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan diorang 
sempat lawan kuman2 tibi. Tapi sesetengah individu lain pula, diorang akan 
jatuh sakit beberapa tahun kemudia bila kuman yg dulunya diam dalam badan
 terima isyarat daripada sistem daya tahan badan yg lemah dan bertindak balas 
semula. Di sini peranan kita untuk boost immune kita selalu. Sebab sakit akan
 serang kita bila sistem imun kita lemah.

Kalau korang nak tau, 24 Mac setiap tahun diisytiharkan sebagai hari tibi sedunia.
 Bukanla nak meraikan penyakit ni pulak. Haha. Tapi sebenarnya nak beri kesedaran
 tentang bahaya penyakit ni kepada semua. =) 

Pertubuhan Kesihata Sedunia (WHO) melaporkan umumnya 1/3 daripada penduduk
 dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Maksudnya 1 daripada setiap 3 orang rakyat 
Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja kita sedia mempunyai kuman
 penyakit ni dalam badan. Scary x? =P




Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yg membawa maut kalau tidak dirawat.
 Tibi ni berpunca daripada kuman mycobacterium bacillus yg ditemui oleh
 Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwarna merah, halus dan hanya boleh
 dilihat melalui mikroskop.

Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru2 atau dikenali 
sebagai tibi pulmonari. Pun begitu, melalui peredaran darah, kuman ni masih 
boleh merosakkan bahagian tubuh lain macam buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher
, tulang, otak dan lain2.

Macam mana tibi merebak?

Bila pesakit pulmoni aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan
 beribu2 kuman tibi daripada paru2atau kerongkong yg bertebaran di udara dalam 
bentuk titisan halus. Sesiapa yg menyedut udara yg mengandungi kuman tibi yg 
terapung2 itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yg berhubung 
rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko
 untuk menghidapinya. No wonder, lepas mak kena tibi setahun lebih yg lalu, 
skang adik pulak yg kena. 

Macam mana kita nak tau kalau2 kita ada penyakit tibi ni? Apa gejala2 atau simptom2 tibi?
  • Batuk berkahak melebihi 2 minggu atau lebih
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya bila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan
Memang betul, semua simptom ni dapat dilihat kat mak n adik saya. Adik saya baru2 ni
 demam. MC diberi 2 hari tapi demam tak hilang. Ada masa sihat, ada masa demam. 
Hilang selera makan pon betul. Dia memang on diet tapi takde turun berat badan dia
 tu kalau dia on diet macam biasa. Tapi entah tiba2 berat badan boleh turun 3kg 
dalam masa dia demam tu. Memang suka. Tapi hoi. Turun berat badan akibat penyakit la
 cara yg paling tak best untuk kurus. Hehe. Sila jangan bangga kalau korang slim tapi sakit. =)

Apa langkah2 pencegahan tibi?
  • Bayi2 baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yg berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk uji kahak kita
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yg tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam
  •  tempoh yg lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan


Siapa pulak golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan?
  • Penduduk miskin yg tinggal di desa mahupun di bandar2
  • Pembawa HIV
  • Mereka yg menghidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • Pesakit yg mengambil ubat steroid dalam jangka masa yg lama
  • Warga tua


Bagaimana cara mendiagnos tibi?
  • Kalau mengalami batuk berpanjangan, kita hendaklah melakukan pemeriksaan
  •  sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian
  •  kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran 
  • secara percuma
  • Pemeriksaan sinaran x dada juga boleh menunjukkan kerosakan yg mungkin berlaku 
  • pada paru2 kita

Rawatan tibi

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang2nya 6 bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam 
tempoh berkenaan. Pada 2 bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi
 sebanyak 4 jenis ubat makan yg disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yg dilantik
 sebagai penyelia. Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama 4 bulan,
 biasanya melibatkan 3 jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti
 secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.

Kenapa kena makan ubat di bawah penyeliaan? Sebab takut org yg jenis tak suka makan ubat
 buang je ubat tu atau nanti balik umah tak makan langsung. Haa. Dah tau tibi ni penyakit
 berjangkit lagi tak nak makan ubat. Babap kang!



Tips Umum
  • Sekiranya kita pesakit tibi yg sedang menjalani rawatan, kita hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
  • Rehat secukupnya
  • Makan makanan seimbang
  • Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman2 tibi pada sepanjang masa
  • Jangan biarkan diri dikuasai oleh roko kerana ianya hanya memburukkan keadaan
  • Banyakkan bersenam
  • Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yg sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak
  • Biarkan cahaya matahari memasuki rumah kita dengan banyaknya sebab ia berupaya membunuh kuman tibi yg terapung2 di udara dan berselindung di sudut2 rumah
  • Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yg sempit
  • Ambil suplemen yg boleh meningkatkan sistem imunisasi badan

Bercakap pasal sistem imunisasi badan untuk pesakit tibi ni kan, di Shaklee ada
 jugak suplemen yg boleh kita ambil untuk tingkatkan sistem imunisasi badan. Apa dia? Meh tengok.

Secara ringkasnya, kita boleh ambil mana2 suplemen yg meningkatkan sistem imunisasi kita. 



Nutriferon Shaklee

Memang sahih fungsi nutriferon ni pon untuk boost kita punye immune system. Ingat tak di awal
 artikel tadi saya ada sebut kuman tibi menyerang bila sistem imunisasi dalam badan kita ni lemah. 
Sebab tu kalau boleh, pastikan sistem imunisasi dalam badan kita tak lemah, kuat dan boleh melawan
 penyakit. =)


Vivix Shaklee



Lebih dikenali sebagai tonik ajaib kan? Bagus sangat kalau boleh beli ni. Bajet lebih sikit 
elokla amik vivix sebab vivix bantu kita merawat penyakit melalui sel dan dna dalam badan
 kita. Sebab tu namanya tonik ajaib. =)

 Omega Guard Shaklee



Umum tau kan Omega Guard tengah promo bulan ni? Bagus sangat ni tau. Sebab
 minyak ikan membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2. 


Zinc Complex


Meningkatkan sistem imun dan mengaktifkan 200 jenis enzim. =)


Carotomax Shaklee


Ni antara hot stuff Shaklee ni. Asyik sold out memanjang. Mampu menghalang 
infeksi, merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan
 kondisi penyakit sistem respiratori paru2, batuk, hepatitis, athma, flu dan selesema.



Kan saya pernah cerita kebaikan bawang putih? Bagus garlic ni sebab garlic antibiotik 
semulajadi. Selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk tingkatkan sistem imun tubuh, 
menghalang penyakit berjangkit macam selesema, kulat, kuman, virus etc. 
Juga menghalang alergi dan mempertingkatkan immune bagi penyakit mcm hidung sensitif, s
inus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis. Boleh baca kebaikan bawang putih kat sini.


Sustained Release Vita C Plus Shaklee


Ni lagi 1 hot stuff. Hehe. Setahun takde kat Malaysia sampai kemaruk semua org cari. 
Bila dah ada, org lain siap jenamakan kembali. Kesian kan. Hehe. Vitamin C bagus untuk
 meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita. Membina sel darah merah yg sihat untuk
 penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan
 kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit dan
 juga asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.


Itu antara suplemen Shaklee yg boleh membantu merawat tibi dengan cara meningkatkan
 daya ketahanan dalam badan. Tapi bukan semua kena amik la. Ikut bajet masing2.
 Maka tepuk dada dan cek poket sendiri. Kalau ada duit lebih, boleh beli lebih. 
Lagipun tak rugi beli suplemen. 

Rasa mahal? Ish. Jangan gitu. Sementara sihat memang kita berkira. Lebihkan kecantikan
 luaran dari kesihatan sendiri. Kalau dah sakit nanti, nak melaram dengan 
baju dengan mekap cantik2 pon tak larat dah kan. =)

Kalau nak dapatkan barangan Shaklee boleh roger saya. 
PM/Call/SMS/WhatsApp 0123064843 untuk Harga Hebat,
 Tawaran Istimewa & Konsultasi Percuma!!

No comments:

Post a Comment