31 August 2015

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

Assalammualaikum..

Hari ini 31 Ogos 2015 semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke -58.

  

tahun ni ,malam kemerdekaan kami di kejutkan tok njang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi...semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-fatihah ....




30 August 2015

Keindahan 10 Masjid Di Malaysia Ini Pastinya Berbaloi Untuk Dikunjungi !

Masjid merupakan tempat di mana umat islam menunaikan ibadah solat. Bukan sahaja itu, malah ianya merupakan tempat majlis keagamaan  diadakan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda 10 masjid dengan seni bina terindah di Malaysia yang pastinya akan memukau mata anda.
1. Masjid Zahir, Kedah
Masjid yang terletak di Alor Setar, Kedah ini siap dibina pada 1912 dan ditanggung sepenuhnya oleh anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah iaitu Tunku Mahmud. Masjid ini mempunyai 5 menara sebagai simbol 5 rukun Islam dan senibina masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara.
2. Masjid Jamek An Nur, Labuan
Satu-satunya masjid di Malaysia yang mempunyai rekabentuk yang sangat moden. Ia siap dibina pada tahun 1987 dan senibinanya adalah berkonsepkan Melayu Brunei dan Turki serta menggunakan elemen kontemporari seperti gril dan cermin lutsinar untuk pengudaraan dan cahaya semulajadi menerangi masjid ini.
3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masjid yang terletak di Shah Alam ini mempunyai menara kedua tertinggi di dunia dan ianya adalah masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Selain itu, masjid ini juga mempunyai kubah terbesar di dunia dan berada di ketinggian 300 kaki dari paras bumi dengan garis pusatnya 170 kaki.
4. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Masjid ini juga digelar Masjid Besi. Mula dibina pada April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk.
5. Masjid Ubudiah, Perak
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia. Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadikan Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi. Masjid ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
6. Masjid Putra, Putrajaya
Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
7. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1996 dan siap dibina pada tahun 2000. Masjid ini terletak di di sebuah kawasan berbukit di Jalan Duta. Berkonsepkan ‘Masjid dalam Taman’ dan merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa kini.
8. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
Terletak di kawasan  strategik bulatan Sembulan antara Jalan Mat Salleh dan Jalan Sembulan. Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Fuad Stephens (Donald Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, dan Tun Pengiran Ahmad Rafae.
9. Masjid Kristal, Terengganu
Masjid ini terletak 4 kilometer  dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
10. Masjid Selat, Melaka
Masjid ini siap dibina pada 2006 bercirikan senibina Melayu dan Arab. Ianya dibina di atas pulau buatan di Selat Melaka dan ia juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana masjid ini seolah-olah terapung apabila air pasang.
Seni bina islam terutamanya seni bina masjid memaparkan keindahan masjid yang dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan dan pertukangan yang tinggi.

29 August 2015

Puding roti choc chip


Arini terlebih rajin pulak opss hihi , actualy dah lama dh buat puding roti ni since dapat resepi kt kak Cerymamafaiz ..kak cery buat sedap Sangat sampi mengidam nak makan hihi 

Ni belom bakar lagi ats tu tambah Madu sikit 

Ok selepas di bakar so nyummy ...selamat menjamu mata hihi 




Makcik awet muda walaupon dah berusia 50an ?



kalau nak tengok zaman sekarang ni berlambak produk di pasaran macam goreng pisang panas...
semua untuk cantik... nak yang cepat cantik, cepat putih..tapi rasa-rasa selamat ke tak?

Tapi cuba tengok wanita-wanita yang cun melecun tu.. jangan tengok time usia diorang 20an..makan produk yang ada side effect for long term...uishhh seram mak jemah.. memangla mulus cantik..kolagen banyak lagi dalam badan time tu... Cer tengok umur diorang time 40an.. late 30an..50an... haa time tu kita boleh agak apa amalan pemakanan di awal 20an, 30an..selamat ke for the long time tuhh.... ha fikir-fikirkan yaa...


Ni produk yang i consume so far dh 2 tahun walaupon orang lain selalu condem i tak kisah sebab i tahu ni untuk long term..nanti dah tua i akan compair dengan uoll yang condem i ok... hahahha


So nak nampak awet muda bila dah 30an ,40an , 50an cepat amalkan vitamin yang selamat ,sentiasa berkesan dan mesra alam gitu...

fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843



5 MANFAAT MAKAN TELUR SETIAP HARI






2 hari lepas saya jumpa satu info pasal telur di blog Dr Hamid Arshat. Katanya kita sering ditakutkan dengan memakan telur selepas bersalin dan selepas pembedahan kerana katanya masyarakat kita ni beranggapan makan telur nanti luka lambat sembuh dan bernanah. Tidak pasti adakah ia fakta, cakap-cakap nenek moyang atau tiada asas? Lagi satu, ramai beranggapan bahawa makan telur menyebabkan peningkatan kolesterol. Ini, sayapun selalu dengar. Kita tengok apa kata Dr Hamid Arshat tentang makan telur ni ya. 

Satu kajian menunjukkan makan 1-2 biji telur setiap hari meningkatkan kesihatan badan  tanpa meningkatan tahap kolesterol di dalam darah. Ada kajian menunjukkan amalan memakan telur boleh mengurangkan risiko kanser payudara.

 Berikut ialah 5 manfaat telur:
 1. Mengandungi pelbagai vitamin iaitu A B D E K , logam-logam selenium, kalsium, zinc. Setiap biji telur mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan lemak baik. Telur ialah antara makanan terbaik.

 2. Telur mengandungi kolesterol tetapi kajian menunjukkan memakan kolesterol tidak meningkatkan tahap kolesterol di dalam darah. Telur meningkatkan HDL (good cholesterol) yang penting untuk melindungi daripada penyakit jantung , angin ahmar dan pelbagai masalah kesihatan. Kajian menunjukkan makan 2 biji telur setiap hari selama 6 minggu meningkatkan tahap HDL sebanyak 10%. Telur yang diperkaya dengan omega 3 boleh mengurangkan triglycerides dalam darah dan seterusnya melindungi daripada serangan jantung. 

3. Telur mengandungi Kolina yang berfungsi untuk membina sel membran di dalam otak dan ini penting untuk kecekapan fungsi otak. Telur ialah sumber terbaik bagi Kolina. 

4. Telur mengandungi lutein dan zeaxanthine (antioxidants)  yang sangat penting untuk menjaga keutuhan retina di dalam mata. Kesannya ia mencegah daripada masalah-masalah katarak dan macular degeneration yang sering mengancam penglihatan kita. 

5. Sebiji telur mengandungi 6 gm protein yang terdiri dari asid amino yang bermutu tinggi serta dalam nisbah yang terbaik. Protein ialah zat penting dalam pembinaan dan pembaik pulih semua sel tisu dan organ dalam tubuh. Memakan telor mempercepat proses baik pulih tisu-tisu selepas pembedahan dan luka daripada trauma. Zat protein dan asid amino juga penting bagi meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan. Memakan 2 biji telur ketika  sarapan pagi juga memberi sumber tenaga dan kekenyangan yang lama. Dengan itu ia bolih mengurangkan ketagihan makan bahan2 yang tinggi kandungan gula dan karbohaidret. Kesan baiknya ialah mengurangkan berat badan. Nampak gaya,lepas ni bolehah bagi anak-anak makan telur setiap pagikan. Kaya kolina tu khas untuk otak. Bagi Neurotransmitter anak-anak aktif. 

28 August 2015

Kelas agama bersama ustaz shauki Dari aip

Alhamdulillah hari berkesempatan join lagi kelas agama ustaz shauki 

 Ok class dh start 

Ini sharing Dari pelajar practical di aip sedih gak sharing dia ..sob sob sob 


Cara Mengatasi Rahim Lemah atau Peranakan Jatuh Dengan ESP Shaklee

Rahim ataupun tempat peranakan juga dipanggil uterus adalah tempat di mana janin akan membesar sebelum dilahirkan.
Rahim adalah organ yang sangat penting untuk wanita bagi memastikan kandungan selama 9 bulan dalam keadaan baik sebelum proses bersalin berlaku.
Keadaan Rahim Normal dan Rahim yang Lemah

Tetapi ramai yang mengalami masalah rahim lemah, peranakan jatuh samada yang belum berkahwin, sedang merancang untuk hamil, keguguran berulang kali ataupun selepas proses bersalin.
Tahap-Tahap Rahim Lemah

Rahim lemah ataupun peranakan jatuh dikategorikan pada beberapa tahap iaitu:

  • Tahap 1: Rahim jatuh sikit pada vaginaTahap 
  • 2: Pintu rahim jatuh hingga ternampak pada permukaan faraj
  • Tahap 3: Rahim terkeluar daripada permukaan faraj
  • Tahap 4: Keseluruhan rahim memang terkeluar.
  • Keadaan ini juga dipanggil procidentia.
  • Ini adalah disebabkan oleh kelemahan dalam semua otot sokongan.

Faktor ataupun sebab terjadinya rahim lemah ini antaranya adalah:

1. Kerap mengangkat bebanan berat yang tidak mampu diangkat oleh badan.
2. Berat badan yang berlebihan yang tidak mampu ditampung oleh badan.
3. Faktor kelahiran terdahulu iaitu proses bersalin yang normal menyebabkan otot-otot, ligament hilang keupayaan untuk memegang rahim ataupun lantai pelvic.
4. Mempunyai sembelit (iaitu terlalu meneran apabila membuang air besar) ataupun batuk kronik (asma dan bronchitis) yang mana memberi tekanan tinggi pada abdomen.
5. Faktor usia seiring dengan penurunan paras hormon estrogen secara semulajadi menyebabkan menopaus.
Keadaan rahim yang lemah ataupun peranakan yang jatuh ini bukan sahaja boleh terjadi pada anak dara mahupun yang telah berkahwin ataupun warga emas. Kerana pada peringkat permulaan ia tidak memberi kesan sakit dan ramai tidak mengetahuinya.
Ia akan menjadi kritikal apabila mereka yang merancang untuk hamil pasti akan memberi kesan yang sangat besar. Malah pada Tahap 2 pun akan menyebabkan keadaan tidak selesa apabila ingin membuang air kencing ataupun duduk dalam tempoh yang lama.

Paling penting anda perlu berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui lebih terperinci serta saranan yang sepatutnya ataupun berurut secara tradisional. Alternatifnya, anda boleh mencuba vitamin berasaskan semulajadi, Shaklee bagi membantu anda.
Iaitu ESP, Alfalfa dan Vitamin E untuk membantu menguatkan rahim anda. Jika anda telah disahkan mengandung so ESP sahaja yang sesuai untuk ibu mengandung.
Jika anda merancang untuk hamil (belum mengandung la) so ESP, Alfalfa dan Vitamin E untuk membantu menguatkan otot-otot pelvic dan ligament di sekitar rahim.



jangan tunggu lama-lama cepat berubat sebelum terlambat...

fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843




27 August 2015

Singa di mandikan ??? Seramnyaa

Hihi macam pelik je kan Tajuk atas tu sebenarnya arini baru berpeluang nak mandi kan anak bulus I sorang ni..minggu lepas tak nak bagi mandi sebab opah dia dah rindu hihi 

Hi my name is Rokie aka Rokiah hahaha nampak macam singa kan tang muka je la sbb bulu dia dh kering kt muka 

Ok ni bahagian badan bila dah basah kecut dah jadinya hihi 

Nah belanja lepas bulu dia dah kering baru la putih suci hahaha

Now time to sleep 😴😴😴




Risiko Peranakan anda jatuh ?

[INFO]

Risiko Peranakan Jatuh

Peranakan jatuh yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh berlaku jika terdapat kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.


Peranakan turun

peranakan jatuh
                                                            

Antara kesan masalah peranakan jatuh ialah:

1. Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah prolapse akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutama ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.

2. Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan.

3. Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.

4. Gangguan kesihatan
Jika prolapse yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan tergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lender yang banyak.



Review Hitman ! Awesome

Today berkesempatan tengok wayang midnight ..yeah dah lama tak tengok wayang midnight dengan hubby 


Beli tiket online je hihi men beli je sebab kalau Tanya hubby mesti dia buzy nak keje balik lambat haha ni bohong Sunat 
Sory hubby 😝😝

Ok sementara nak tunggu wayang sempat ajak hubby g makan cendoi penang & asam laksa teow chew cendoi the famous in penang hihi 

Review conclusion cerita Hitman ni awesome ! Cite macam James born lebih kurang ..layann 😊


26 August 2015

10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

Durian merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia. Durian yang juga dikenali dengan nama raja buah merupakan buah yang menjadi pilihan masyarakat tidak mengira waktu. Dengan banyaknya  jenis durian yang dijual dipasaran, seringkali banyak  orang awam yang tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab sehingga mereka perlu membayar dengan harga yang tinggi. Untuk kali ini, kami nak kongsi tips dengan anda agar tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggung jawab dan anda juga boleh memilih mengikut kesesuaian dan citarasa anda, mari kita lihat bersama jenis-jenis durian yang dijual di Malaysia.

1. Mao Shan Wang/ Musang King

Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit
Warna: Kuning terang
Asal: Kelantan, Pahang dan Johor
Rasa: Manis dan Pahit, Teksttur berkrim.

2. Golden Phoenix

Nama Lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam

3. XO

Warna: Kuning pucat
Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal.

4. D24

Nama Lain: Sultan
Warna: Kuning pucat
Rasa: Berkrim dan juga pahit
Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands

5. D13

Warna: Oren
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.
Asal: Johor, Segamat

6. D1

Warna: Kuning pucat
Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan
Asal: Johor

7. D101

Warna: Kuning kusam
Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor

8. Red Prawn

Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor

9. Green Bamboo

Nama Lain: Qing Zhu
Warna: Kuning kusam beserta kehijauan
Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan
Asal: Johor

10. Black Pearl

Nama Lain: Hei Zhen Zhu
Warna: Kuning pucat
Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil
Asal: Johor

perrrghh sedap pulak rasa nk pi cari doyan ni sekarangg.... huhu

25 August 2015

Apa itu PCOS ?

Apa itu PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) ?

Menurut Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan. : 
Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah rawatan kesuburan. 
Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras Dr. Suriati Akmal Mahari :  kitaran haid yg tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.



"PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yg memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yg mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalamni haid langsung didapati mengidap PCOS. Ia adalah masalah paling lazim yg menyebabkan seseorang wanita itu gagal utk hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yg menyedarinya. Ia juga turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome"

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Untuk pengetahuan anda, sindrom yang melibatkan gangguan endokrin atau hormon ini sering berlaku kepada lingkungan 15 hingga 20 peratus wanita di kalangan semua bangsa. Masa kini, sindrom ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia berupaya menjejaskan tahap kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. Beringatlah bahawa PCOS adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. 
Ia dapat dikenal pasti menerusi :  Sumber - pama.karangkraf.com




POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME


1. Haid Tidak Teratur
Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya wanita yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

2. Obesiti
Peningkatan berat badan adalah salah satu lagi tanda lain bagi PCOS. Hal ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

3. Hirsutism
Terdapat segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Apabila ini terjadi, ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

4. Ketidaksuburan
Masalah sebegini akan terjadi apabila folikel-folikel telur tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

5. Tanda-tanda Lain
Ini termasuklah akantosis nigrikans (bahagian kulit tertentu berwarna gelap), kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).

Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana wanita yang mengalami PCOS, mereka sangat berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Walau bagaimanapun, sebenarnya PCOS boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untukmengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badansehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur. Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang digunakan untuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesteron pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.

Penggunaan ubat subur untuk merangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH).

Malah dalam keadaan tertentu, pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan. Untuk khidmat nasihat lanjut, sila lah hubungi Dr Pakar Sakit Puan anda.

Kriteria PCOS 
  • Oliovulasi/ anovulasi. 
  • Hormon lelaki (androgen/testosteron) berlebihan. 
  • Ovari polisistik di mana terdapat lebih daripada 12 folikel yang bersaiz antara 2 mm hingga 9 mm dan saiz ovari pula lebih daripada 10 sm.

Vitamin yang dicadangkan untuk mengatas masalah ini adalah GLA dan SET KESIHATAN KELUARGA / OPTIMUM

 
GLA COMPLEX 60 SOFTGEL



Kelebihan GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambut 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangani ekzema  
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda) 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf 
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin.
  • Mampu mengecutkan cyst



fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843