15 September 2015

5 Buah-Buahan Ini Terbukti Boleh Menurunkan Berat Badan Anda

Ramai orang bertanggapan bahawa semua buah memiliki khasiat yang sama dalam program diet yang sedang mereka jalani. Hal ini tidak salah, tetapi ianya tidak benar juga. Terdapat beberapa jenis buah tertentu yang sangat tinggi dengan serat dan protein yang berfungsi sebagai “fat burners” atau pembakar lemak serta dapat membantu meningkatkan imunisasi. Beberapa jenis buah ini sangat berkhasiat kerana mempunyai kandungan gula yang lebih rendah  daripada buah lain. Berikut adalah 5 jenis buah yang sangat baik untuk kesihatan dan diet anda.
1. Epal
Jika anda sedang diet, maka epal adalah buah yang terbaik kerananya ia dapat membantu anda menurunkan berat badan. Selain manis, ianya juga kaya dengan serat dan rendah kalori.Epal juga mempunyai vitamin dan mineral yang amat baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda mengambil buah epal sebagai menu diet anda.
2. Buah Pear
Buah pear adalah buah yang kaya dengan serat di mana ianya dapat membantu anda merasa kenyang . Jadi jika anda sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan, sebaiknya anda perlu menngambil buah pear dalam menu harian anda. Selain kaya serat, buah pear juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah sekaligus buah yang baik untuk kesihatan jantung anda kerana kandungan potasiumnya yang tinggi!
3. Pisang
Pisang yang tinggi dengan potasium dan serat akan membantu dan mempercepatkan proses penurunan berat badan anda. Selain itu, pisang juga merupakan satu-satunya buah yang mengandungi sumber vitamin B6 yang tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi hampir 30% vitamin B6 yang diperlukan bagi tubuh badan. Vitamin B6 ini akan membantu meningkatkan imunisasi terhadap penyakit sekaligus menurunkan risiko anda terhadap serangan penyakit jantung.
4. Blueberry
Blueberry merupakan buah yang sangat istimewa mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Mengamalkan  blueberry akan membantu tubuh anda memerangi faktor-faktor yang boleh merosakkan metabolism tubuh badan. Blueberry mampu mengatasi masalah seperti tekanan darah tinggi, obesiti, dan kolesterol.
5. Strawberi
Mengamalkan pemakanan buah strawberi akan membantu anda mengurangkan berat badan dengan mudah kerana buah ini dapat merangsang pertumbuhan hormon adiponektin dan leptin yang berfungsi sebagai pembakar lemak sekaligus meningkatkan imun tubuh badan.  Strawberi juga tinggi dengan zat anti-inflamasi yang dapat membantu mengubati luka di dalam tubuh badan akibat masalah radang.
Inilah buah yang sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk menurunkan berat badan. Pastikan anda mengamalkan pemakanan buah-buahan ini secara kerap dan imbangi dengan senaman agar anda dapat memperolehi hasil yang maksima.
fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843


12 September 2015

Review bangi height homestay


Assalamualaikum semua, 

Arini i nak share review bangi height homestay yang terletak dia bangi seksyen 2 ...tempat dia sangat menarik dekat je dengan town bangi..dekat dengan bangi gateway 
Meh i share uoll gambar dalam homestay ni .

Ni la bangi height homestay

Cantik tangga dia siap ada bunga-bunga lagi 
Ni bahagian dapur menarik semua ada nk masak tak de masalah 
Ada swiming pool tau best 
Siap boleh buat bbq lagi tau
Bilik ada 7 bilik tau menarik tertarik kalau buat family best leh kumpul ramai-ramai 

Kalau uoll nak booking boleh tgk dekat website dia search je goole bangi height homestay .. 

Sekian ketemu lagi ya..hihi 













07 September 2015

Cara Mudah Memastikan Kereta Anda Sentiasa Berbau Wangi Seperti Baru Keluar dari Showroom



Cara Mudah Memastikan Kereta Anda Sentiasa Berbau Wangi Seperti Baru Keluar dari Showroom

Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.
Kebanyakan kita sangat mementingkan penjagaan kereta baik dari luar mahupun dari dalam termasuklah bau dalam kereta lebih-lebih lagi sekiranya pemilik kereta adalah seorang lelaki.
Bagi penjagaan bau dalam kereta sememangnya sudah banyak produk-produk pewangi khusus untuk kereta. Namun pewangi-pewangi kereta tersebut bukanlah akan menghasilkan bau asal sesebuah kereta.
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya.
1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli "tau fu fa". 2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
3. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yg dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit pertahun utk membeli pewangi kereta.
Oleh kerana bahan-bahannya adaah senang didapati dan murah maka ia boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Selamat mencuba dan rasai aroma kereta anda seperti baru dibeli..

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????

 ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????

Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?

Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkoholyang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.
Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untukmemastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.
Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843

06 September 2015

Perbezaan GMO dengan Non-GMO?


Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.
Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.


Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
    1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
    2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari

Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????hihi

fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843







05 September 2015

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?

Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).
Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.


so conclusionnya susu soya non gmo (ESP SHAKLEE) selamat di minum oleh lelaki dan perempuan.

think before u drink 




03 September 2015

soya melemahkan kejantanan lelaki?

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?


Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.  Phyto-estrogen adalah sejeniskomponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.
Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.


Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

so bagi kaum lelaki anda boleh minum susu soya esp shaklee ni tanpa ragu-ragu lagi...yeahhh!


fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843



02 September 2015

kecantikan dan ESP??

ok kalau nak di katakan kecantikan dan ESP ni ada kena mengena ka?? haha macam pelik je bunyi nya.. 

ok i nak share ape itu ESP?

  • Sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
  • Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit dan mencerahkan kulit
  • Melindungi sel-sel dari kerosakan, mengecilkan pori-pori muka
  • Bertindak sebagai anti oksida, menggantikan sel-sel kulit yang baru
i tak nak cakap banyak dah ni ha bukti i bagi kat korang ramai sangat mengemari ESP SHAKLEE ni..




nampak tak berapa orang sangat mengemari  ESP SHAKLEE ni ..ok biar gambar berbicara.,

fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843
Supervisor Mac 2015


01 September 2015

Ubat Gastrik dan pedih ulu hati??

Nak cite pasal susu ESP ni saya memang paling tak suka minum susu..bila mula study apa kelebihan ESP ni rasa teruja nak makan..bila Dikenang sebab susu tu hold dulu sampai satu tahap saya di serang gastrik & pedih ulu hati ..teruk sampai muntah2 ..engat lagi time raya pertama masa tu 1st time raya belah mertua saya lagi sekali di serang gastrik melampau sampai muntah2 lembik la jadi nya ..
orang raya saya g klinik dengan suami.tapi tak jugak elok duk makan ubat kapur pon still tak hilang..ubat kapur ni rasa caviscon yang untuk pedih ulu hati tu..ha sama la rasa dia..

Dan lepas tu memang nekad cari jugak penyelesaian Tanya up line dia suggest suruh minum ESP saya pon redha minum juga letak 2 sudu shake dengan air sejuk..

1st time minum tutup hidung telan cepat minum air masak..dan miricle lepas 2hari dah hilang TIADA LAGI PEDIH ULU HATI DAN GASTRIK .alhamdulillah Allah temukan saya dengan shaklee.. 
Dan lepas sebulan balik rumah mak mertua Adik ipar tegur cantik nya muka kak long glowing..kak long mkn apa?hihi mula la tersipu2 malu masa tu la time sharing makan ESP shaklee. 
Lagi satu yang saya perasan ESP shaklee ni elok untuk orang darah tinggi sebab saya pernah check up kat azzarah tapi darah tinggi masa tu doctor bagi mc 2 hari dan kena datang balik cek..risau masa tu hihi balik minum ESP hari ke dua dah normal balik..hihi lega rasa..mungkin stress masa tu kot kan..hihi biasa la kerja mesti la stress nak kejar due date report hihi.. 

Alhamdulillah saya kekal cantik selepas consume ESP shaklee .. Banyak reason sebenarnya kenapa saya suka shaklee..

Sekian sharing Dari saya tak Sangup rasa nak berpisah dengan ESP shaklee .. 




kami penggermar ESP SHAKLEE..

fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843




5 Tips Menggunakan Google+ Untuk Meningkatkan Marketing Anda

Pernahkah anda berpikir bagaimana memanfaatkan penggunaan Google+ untuk strategi bisnis media sosial anda?
Google+ dengan cepat menjadi bagian yang penting pada strategi bisnis media sosial.
Jumlah user di Google+ tumbuh dengan cepat menjadi 1 miliar registered user dan 350 juta active user menurut econsultancy, karena Google bisa membuat banyak orang berpikir bahwa Google+ adalah akun yang wajib dimiliki bagi semua pengguna gmail.
Bagi marketer, jumlah audience yang sebesar ini tentunya tidak bisa diabaikan.
google-plus-create-page
Google+ juga berperan besar di SEO dengan mempermudah marketer untuk muncul di hasil pencarian. Inilah kenapa Google+ diperlukan dalam strategi media sosial anda.
Berikut adalah lima cara mudah untuk meningkatkan pertumbuhan bisnis anda dengan menggunakan Google+.
1. Masukkan keywords dan link yang relevan di “About Page” anda.
About page adalah peluang yang besar untuk memberikan gambaran yang singkat tentang bisnis anda.
Anda juga bisa membuat link ke halaman dan layanan yang spesifik dari about page, lalu link ini akan mengarahkan potensial customer ke halaman yang paling penting di website anda. Jadi pastikan untuk menampilkan informasi yang mempermudah searcher/pencari untuk memahami perusahaan/bisnis anda.
keywords relevant links
Google+ juga memungkinkan anda untuk menggunakan bullets di bagian deskripsi yang terlihat simple untuk membuat daftar yang mudah dibaca mengenai produk dan layanan anda.
Anda juga dapat memasukkan link pada halaman yang spesifik dan form contact.
Uji dan cari tahu variasi yang berbeda untuk menemukan yang mana yang memberikan efek terbaik bagi bisnis anda.
2. Menghubungkan seluruh audience anda menggunakan Google+ events
Google memiliki fitur event yang memungkinkan pengguna Google+ untuk mengirim undangan yang telah dicustom kepada siapapun, baik pengguna Google+ maupun tidak. Google+ dapat bersinkronisasi dengan baik dengan Google calendar dan muncul secara otomatis ketika user mengkonfirmasi sebuah event.
Sebagai tambahan untuk mengirimkan undangan ke webinar, work function, parties, dll. Google event juga dapat mengirimkan undangan ke Google+ hangouts.
Ini dapat digunakan sebagai katalis dengan mengintegrasikan bisnis anda ke dalam hangout atau untuk meningkatkan awareness dan jumlah peserta yang hadir pada event yang anda selenggarakan.
event tool
Fitur party mode di event memungkinkan semua orang yang hadir untuk mengupload gambar ke album yang sama menggunakan aplikasi mobile Google+, membuat real-time foto jurnal dari waktu dan tanggal yang spesifik. Lalu, anda bisa menampilkan foto-foto itu secara berurut dalam sebuah slideshow, semuanya ada di dalam Google+.
3. Posting sesering mungkin dan optimalkan hasil pencarian
Hasil dari Google’s social search akan lebih relevan ketika mereka berintegrasi dengan koneksi sosial anda. Oleh karena itu, penting untuk memasukkan keyword dalam setiap postingan anda agar mereka muncul dalam hasil pencarian follower anda.
Algoritma pencarian Google juga memberikan hasil pencarian personal yang spesifik yang diambil dari aktivitas Google+. Semakin relevan postingan Google+ anda dengan konten, maka postingan anda di hasil pencarian akan sering muncul.
ketika pengguna log in ke akun google mereka, hasil pencarian akan meng-highlight konten yang relevan yang dibuat atau dishare oleh koneksi sosial anda
Untuk contoh, pencarian keyword “B2B marketing” menunjukkan aktivitas dari koneksi orang yang menggunakan Google+ tersebut. Dan hasil pencarian akan lebih relevan dengan apa yang orang cari.
4. Buatlah Google authorship untuk mengambil manfaat dari  SEO
Google sangat agresif menggunakan keunggulan Google+ dari aspek SEO untuk mengajak webmaster dan blogger engage dengan Google+. Google authorship adalah cara google untuk mengakui dan mulai untuk mempercayai anda sebagai sumber konten yang berkualitas. Membuat google authorship itu simple dan mudah.
Anda dapat melakukannya dengan mengidentifikasikan diri anda ke Google melalui profil Google+ anda dan buat link ke sana dari konten dan sebaliknya.
Google authorship adalah cara termudah untuk memanfaatkan penggunaan SEO dari Google+. Dengan melakukan ini,  gambar penulis akan muncul disebelah postingan blog mereka di hasil pencarian Google, dan ini akan mempengaruhi peningkatan ranking dan tingkat klik anda.
search results
hasil pencarian dengan gambar penulis disebelah postingan akan meningkatkan kepercayaan dan tingkat klik
Ini adalah beberapa keuntungan yang anda terima dengan membuat google authorship pada bisnis anda:
  • Meningkatkan awareness dari halaman profil google+ anda secara keseluruhan
  • Menambahkan sentuhan manusia pada konten anda dan ini akan meningkatkan kepercayaan
  • Meningkatkan kesempatan untuk muncul di hasil pencarian yang lebih personal
  • Membantu konten anda untuk bersaing di hasil pencarian
  • Melindungi posisi ranking postingan anda yang original
  • Suatu studi telah menunjukkan bahwa goole authorship akan meningkatkan tingkat klik di hasil pencarian
Step 1: menambahkan link ke profil google+ anda di setiap postingan blog anda.
Di setiap postingan blog, tambahkan link ke halaman profil google+ anda dengan “rel=author” melekat pada ujung link URL.
Ini contohnya: https://plus.google.com/11498947729292607681?rel=author. Tidak peduli di mana link ini berada di halaman anda atau apa anchor text-nya. Anda juga bisa membuat link gambar selain teks.
Hasil akhirnya akan terlihat seperti ini: Jason Miller
Jika anda ingin memasukkan link ini ke semua postingan blog anda secara otomatis, anda bisa menambahkannya ke template blog; untuk contoh, di footer atau header (asumsikan blog anda hanya memiliki satu penulis).
Step 2: membuat link dari profil Google+ anda ke blog.
Setelah anda menambahkan link ke profil Google+ di setiap postingan blog, langkah terakhir adalah membuat link dari arah yang berlawanan, dari profil Google+ ke blog anda. Anda bisa melakukan ini dengan menambahkan link ke blog anda di bagian “Contributor to” di profil Google+.
links to blog
tambahkan link ke blog dimana anda berkontribusi
5. Temukan user dan perbincangan (conversation) yang relevan untuk di-engage.
Aturan nomor 1 untuk sukses dalam komunitas atau platform social adalah meng-engage dalam conversation yang relevan dan menambahkan value. Kesuksesan dari bisnis anda dalam Google+ akan menjadi hasil langsung dari bagaimana anda meng-engage dari halaman bisnis dan personal anda.
Ini adalah dua tempat besar untuk menemukan user dan conversation untuk di-engage.
Google+ membagikan daftarnya circle-nya. Untuk halaman personal, cek database Google+ circle ini yang dibuat oleh Chris Porter. Ini adalah daftar Google+ berdasarkan industri.
shared circle database
database Google’s circle adalah cara yang paling tepat untuk menemukan komunitas untuk di-engage
Dengan satu klik anda bisa menambahkan circle ini ke circle personal dari Google+ anda dan selamat menikmati postingan dan conversation yang relevan untuk di-engage.
Karena halaman bisnis anda tidak bisa men-circle seseorang sampai mereka men-circle anda, ini penting untuk membangun hubungan dengan halaman personal anda dan memperkenalkan halaman konten bisnis anda.
Manfaatkan banyaknya fungsi pencarian di Google+. Cari siapa saja yang membicarakan brand anda dan keyword yang berhubungan dengan industri anda. Simpan pencarian anda dan mereka akan muncul di sidebar kiri untuk referensi singkat.
search your brand
Pantau siapa saja yang mencari brand anda dan berinteraksilah dengan mereka, berikan komentar di thread dan share kembali postingan orang-orang tentang brand anda.
Bahkan jika anda tidak punya sepatah kata untuk dikatakan, anda bisa memberikan +1 atau mengucapkan “thanks for the mention” atau “great post” agar mereka tahu bahwa anda memperhatikan apa yang mereka bicarakan tentang brand anda. Hal seperti ini akan berdampak pada perkembangan bisnis anda ke depannya.
Dengan mengikuti lima langkah di atas akan memberikan anda lompatan awal pada bisnis anda dan fondasi yang kokoh yang akan membangun strategi Google+ anda secara keseluruhan.
Menghabiskan beberapa menit sehari untuk berinteraksi dan memantau perkembangan bisnis anda di Google+ tidak hanya meningkatkan profil anda, tetapi juga meningkatkan tingkat eksistensi bisnis anda nantinya.

31 August 2015

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

Assalammualaikum..

Hari ini 31 Ogos 2015 semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke -58.

  

tahun ni ,malam kemerdekaan kami di kejutkan tok njang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi...semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-fatihah ....




30 August 2015

Keindahan 10 Masjid Di Malaysia Ini Pastinya Berbaloi Untuk Dikunjungi !

Masjid merupakan tempat di mana umat islam menunaikan ibadah solat. Bukan sahaja itu, malah ianya merupakan tempat majlis keagamaan  diadakan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda 10 masjid dengan seni bina terindah di Malaysia yang pastinya akan memukau mata anda.
1. Masjid Zahir, Kedah
Masjid yang terletak di Alor Setar, Kedah ini siap dibina pada 1912 dan ditanggung sepenuhnya oleh anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah iaitu Tunku Mahmud. Masjid ini mempunyai 5 menara sebagai simbol 5 rukun Islam dan senibina masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara.
2. Masjid Jamek An Nur, Labuan
Satu-satunya masjid di Malaysia yang mempunyai rekabentuk yang sangat moden. Ia siap dibina pada tahun 1987 dan senibinanya adalah berkonsepkan Melayu Brunei dan Turki serta menggunakan elemen kontemporari seperti gril dan cermin lutsinar untuk pengudaraan dan cahaya semulajadi menerangi masjid ini.
3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masjid yang terletak di Shah Alam ini mempunyai menara kedua tertinggi di dunia dan ianya adalah masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Selain itu, masjid ini juga mempunyai kubah terbesar di dunia dan berada di ketinggian 300 kaki dari paras bumi dengan garis pusatnya 170 kaki.
4. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Masjid ini juga digelar Masjid Besi. Mula dibina pada April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk.
5. Masjid Ubudiah, Perak
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia. Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadikan Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi. Masjid ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
6. Masjid Putra, Putrajaya
Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
7. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1996 dan siap dibina pada tahun 2000. Masjid ini terletak di di sebuah kawasan berbukit di Jalan Duta. Berkonsepkan ‘Masjid dalam Taman’ dan merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa kini.
8. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
Terletak di kawasan  strategik bulatan Sembulan antara Jalan Mat Salleh dan Jalan Sembulan. Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Fuad Stephens (Donald Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, dan Tun Pengiran Ahmad Rafae.
9. Masjid Kristal, Terengganu
Masjid ini terletak 4 kilometer  dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
10. Masjid Selat, Melaka
Masjid ini siap dibina pada 2006 bercirikan senibina Melayu dan Arab. Ianya dibina di atas pulau buatan di Selat Melaka dan ia juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana masjid ini seolah-olah terapung apabila air pasang.
Seni bina islam terutamanya seni bina masjid memaparkan keindahan masjid yang dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan dan pertukangan yang tinggi.