06 September 2015

Perbezaan GMO dengan Non-GMO?


Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.
Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.


Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
    1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
    2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari

Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????hihi

fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843







No comments:

Post a Comment