18 November 2014

Jum kenali Ibu Pejabat Shaklee Bangunan Mesra Alam

Assalamualaikum semua...sihat ke? jum kita 

Falsafah Dr. Forrest C. Shaklee, Sr. iaitu pengasas Shaklee ialah memastikan vitamin yang dihasilkan adalah dari sumber semula jadi. Falsafah ini juga diteruskan dan dilaksanakan untuk ibu pejabat shaklee di Pleasanton, California. Ia bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee.


Ibu pejabat Shaklee di Pleasanton, California

Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang - Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap"Kehidupan yang harmoni bersama alam semulajadi". 


Anda boleh menikmati pemandangan indah - langit, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini. Rekabentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semula jadi oleh cahaya luar, serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.


Keunikan bangunan ini adalah:
  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan.
  • Pembuatan permaidani dan kerusi-kerusi daripada bahan yang dikitar semula.
  • Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk-produk shaklee.
  • Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.
  • Penggunaan "Low E-Glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien.
  • Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan.
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara.
  • Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar.
  • Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam.

Wow! Menakjubkan bukan. Motto mesra alam bukan sahaja direalisasikan dengan penghasilan vitamin semula jadi malah turut direalisasikan pada bangunan untuk mereka bekerja. Inilah yang membuatkan Shaklee berbeza dengan yang lain.

No comments:

Post a Comment