Jangan terkejut jika anda lihat ramai kanak-kanak mengalami bermacam-macam jenis alergi. Inilah realiti yang benar-benar berlaku! Malah, kajian turut menunjukkan 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia berisiko menghidapi alergi. 1
Sebab itu, adalah penting untuk ketahui 3 fakta penting mengenai alergi ini agar anda boleh mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya apabila anak anda menghidapi alergi.
Fakta #1: Tiada penyembuh untuk alergi.
Pahit untuk ditelan, namun inilah hakikat yang harus dihadapi. Alergi mungkin berjaya dikawal dengan ubat-ubatan tetapi ia tidak menjanjikan kesan yang berpanjangan. Apabila terputus bekalan ubat-ubatan, gejala alergi mungkin akan muncul semula.
Fakta #2: Alergi, masalah kesihatan yang menjejaskan kehidupan.
Sesetengah alergi pada luarannya, mungkin kelihatan seperti biasa dan tidak serius namun jika dibiarkan tanpa dirawat, ia mungkin boleh menyebabkan si kecil yang serba boleh dan lincah menjadi pemalu dan gemar menyendiri.
Ada kalanya, rasa malu menjadi titik permulaan berlakunya kemurungan, rendah keyakinan diri dan tidak gemar bergaul dengan orang ramai.
Ada kalanya, rasa malu menjadi titik permulaan berlakunya kemurungan, rendah keyakinan diri dan tidak gemar bergaul dengan orang ramai.
Berikut adalah kesan daripada alergi yang menjejaskan kualiti kehidupan:
FIZIKAL
Kanak-kanak yang menghidapi alergi akan mengalami rasa tidak selesa akibat daripada gejala alergi dan ini membuatkan segala aktivitinya terbatas.
|
EMOSI
Seisi keluarga mungkin akan mengalami masalah emosi seperti ketakutan, kerisauan, kemurungan, kesedihan, serba salah dan kemarahan.
|
KEWANGAN
Lebih perbelanjaan diperlukan untuk menampung kos rawatan kanak-kanak.
|
SOSIAL
Kanak-kanak yang menghidapi alergi mungkin berasa kurang yakin untuk bergaul dengan rakan-rakan lain. Contohnya, kanak-kanak penghidap ekzema mungkin berasa sedih dan malu apabila ada kanak-kanak lain memerhati atau menegur tentang masalah kulitnya itu.
|
Fakta #3: Alergi boleh membawa maut
Ya, memang menakutkan! Namun, adalah penting untuk anda tahu bahawa alahan yang berlaku adalah daripada tahap paling kurang serius hinggalah yang boleh membawa maut. Ia bergantung kepada di mana letaknya gejala tersebut pada spektrum alergi.
Ya, memang menakutkan! Namun, anda juga perlu tahu bahawa tindak balas alergi adalah daripada paling biasa hinggalah yang boleh membawa maut. Ia bergantung kepada di mana letaknya gejala tersebut pada spektrum alergi.
Pada bahagian spektrum yang kurang serius, gejala-gejalanya adalah termasuk:
- Mata gatal dan berair
- Bersin
- Lelah
- Kegatalan dan radang pada kulit
- Ekzema
Di bahagian spektrum yang lebih serius adalah Anafilaksis, tindak balas alergi yang boleh membawa maut dan merebak ke seluruh badan dalam beberapa saat atau minit apabila terdedah kepada punca alergi.
Anafilaksis boleh membawa maut jika rawatan perubatan tidak diberikan secepat mungkin. Semua punca alergi boleh menyebabkan Anafilaksis yang kebiasaannya berpunca daripada makanan, sengatan serangga dan ubat-ubatan.
Gejala-gejala Anafilaksis adalah:
- Bengkak pada tekak dan mulut
- Sukar untuk menelan dan bercakap
- Sukar untuk bernafas akibat daripada lelah atau bengkak pada tekak
- Hives (juga dikenali sebagai gegata iaitu gatal-gatal yang membentuk bengkak kemerah-merahan) di seluruh badan
- Rasa panas pada kulit seluruh badan
- Sakit pada abdomen, loya dan muntah-muntah
- Lemah secara tiba-tiba (tekanan darah semakin rendah)
Apakah tindakan anda?
Alergi boleh dicegah atau paling tidak, boleh dikurangkan. Oleh kerana sejarah keluarga merupakan faktor penting dalam menentukan risiko alergi, langkah pertama dan paling utama yang perlu anda ambil adalah dengan mengkaji semula sejarah keluarga kedua-dua ibu bapa.
nice sharing utk mereka yg mempunyai anak
ReplyDeletefollower no 10 :-)