27 November 2014

Tips penjagaan awal kehamilan

Tips penjagaan awal kehamilan



















Meh saya kongsikan 10 tips penjagaan awal kehamilan ni. Misi ibu2 hamil pada fasa
 ni adalah untuk kehamilan yg sihat kan? So ikut tips yg saya baca ni ok!!

Rancang rawatan anenatal dari awal : Penjagaan antenatal yg baik memang penting untuk kesihatan
 bayi kita. Sebab tu la kita kalau boleh pilih doktor yg akan jaga kita dari awal lagi. Dalam masa 
yg sama kita boleh bina hubungan yg baik dengan doktor sebagai persediaan
 untuk kelahiran. Tapi biasanya memilih doktor ni boleh dilakukan kalau di hospital swasta.
 Kalau di hospital kerajaan, tak dapek den nak nolong. Tepuk dada, cek kocek anda. Hehe
. Kalau mampu silakan ke hospital swasta. Nanti bila senang saya ceritakan pro n cons 
melahirkan baby di kedua2 hospital ok!!


Makan dengan baik : Take note yg once kita dah mengandung, tak bermaksud kita perlu 

makan untuk 2 orang. Kita pon sebenarnya tak perlu minum susu full cream atau makanan
 tambahan yg dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah keperluan tenaga kita tak berubah 
dalam tempoh 6 bulan pertama kehamilan dan keperluan ini meningkat sedikit dalam 
tempoh 3 bulan terakhir sebanyak lebih kurang 200 kalori sehari. Tapi, pengambilan
 diet yg sihat dan seimbang memang penting. Ramai yg hilang selera makan pada sesetengah
 makanan tertentu, tapi makanan tersebut bolehlah digantikan dengan makanan lain yg
 mengandungi nilai nutrisi yg sama. Pastikan diet kita merangkumi banyak buah2an dan
 sayuran sekurang2nya 5 hidangan sehari. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat macam roti,
 pasta dan nasi dan sebaik2nya jenis bijirin sempurna supaya kita dapat serat pada kadar yg
 secukupnya. Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang dan sejumlah susu dan
 makanan tenusu setiap hari. Jangan abaikan sarapan pagi. Dalam masa yg sama, 
kawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.
Berhati-hati tentang kebersihan makanan : Elakkan makanan tertentu semasa hamil sebab
 ia mungkin berisiko pada kesihatan kita dan juga bayi. Listeria yg boleh menyebabkan
 keguguran atau penyakit teruk bagi bayi baru lahir mungkin berpunca daripada keju lapuk
 matang yg lembut seperti Brie dan Camembert dan keju berurat biru seperti Stilton. 
Jangan makan semua ini semasa kita hamil. Keju keras seperti cheddar dan keju lembut diproses 
seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin adalah selamat untuk dimakan. Untuk mengelakkan
 toxoplasmosis, yg sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan
cara serius. Penting untuk kita memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan
 kucing dan tanah tanaman juga. Elakkan daripada makan daging yg kurang masak atau mentah 
dan cucilah sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang 
tanah atau kotoran. Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yg kurang
 masak dan telur mentah atau dimasak lembut. 
Mengambil tambahan asid folik dan memakan ikan : Asid folik memang penting sebab dapat
 mencegah spina bifida dan lain2 kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida ni adalah penyakit
 kongenital yg serius yg berlaku apabila tiub yg melindungi sistem saraf pusat tak menutup
 sepenuhnya dan mengakibatkan ketidakupayaan yg serius. Sebab tu lah semua wanita yg
 merancang untuk hamil dinasihatkan untuk ambil tambahan harian asid folik 400mcg dari 
masa pembenihan dan sepanjang 3 bulan pertama kehamilan. Kalau tak rajin menelan
 suplemen bolehla ambil asid folik semulajadi melalui permakanan kita terutamanya melalui 
sayur2an dan bijirin sarapan. Lain2  nutrien yg penting untuk kesihatan bayi dan kita adalah besi
 dan kalsium yg boleh diperolehi melalui pemakanan biasa. Minyak ikan yg mengandungi asid
 lemak omega 3 juga mempunyai kesan yg baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan
 perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan. Ikan mengandungi protein, mineral,
 vitamin D dan asid lemak Omega 3 yg bayi kita perlukan semasa membesar dan berkembang. 
Adalah disyorkan untuk makan ikan seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari
2 kali seminggu tetapi ikan jenis lain boleh dimakan seberapa banyak yg kita suka. Kalau saya,
 saya ambil Omega Guard Shaklee. Bebas merkuri dan semua bahan toksik berbahaya sebab melalui
 3 peringkat penyulingan. Hehe.
Bersenam selalu : Hamil tak bermakna kita tak boleh melakukan senaman. 
Senaman boleh memberi kita kekuatan dan ketahanan yg diperlukan untuk menampung
 berat badan kita yg akan bertambah semasa mengandung dan menangani tekanan fizikal
 kelahiran. Dalam masa yg sama memudahkan kita untuk kembali ke bentuk badan asal 
selepas bayi dilahirkan. Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu kita 
menangkis kemurungan semasa mengandung. Terdapat kajian mengatakan bahawa 
senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yg 
membantu mengawal emosi dan perasaan kita. Kalau kita dah biasa melakukan senaman dalam
 bentuk sejenis sukan, kita boleh teruskan selagi ia selesa untuk kita, melainkan jika sukan tu 
memberi risiko jatuh atau terhantuk. Senaman ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik juga
 sangat bermanfaat.
Lakukan senalam lantai pelvik : Adalah biasa bagi wanita hamil atau yg telah melahirkan anak
 mengalami masalah tekanan inkontinens; bila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu 
seperti bersin, ketawa dan senaman. Sebab tu lah senaman lantai pelvik digalakkan dan boleh 
diamalkan sebelum hamil atau semasa mengandung.
Hadkan pengambilan alkohol : Kalau boleh jangan ambil alkohol ketika hamil sebab sebarang
 alkohol yg diminum akan sampai kepada bayi dengan cepat melalui aliran darah dan plasenta.
 Wanita yg banyak minum secara kerap semasa mengandung dianggap berisiko tinggi untuk
 melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin yg menyebabkan pelbagai masalah
 dari masalah pembelajaran kepada masalah kecacatan kelahiran yg lebih serius.
Kurangkan pengambilan kafein : Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yg sederhana
 dan ada penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko
 mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran.
 2 cawan kopi @ 4 cawan teh @ 5 tin cola sehari tidak menjejaskan bayi kita walaupun ada
 kajian lain yg menunjukkan bahawa tahap kafein yg rendah masih boleh meningkatkan risiko 
keguguran. Sama seperti alkohol, lebih baik berhati2 dan beralih kepada kopi tanpa kafein teh
 atau jus buah2an terutamanya semasa trimester pertama. Alternatif segar ialah segelas air dengan
 perahan sehiris limau atau lemon. Segar kan??
Berhenti merokok : Wanita yg merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang,
 kelahiran mati dan kematian kot. Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko
 melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah (sumbing). 
Banyakkan berehat : Pernah tak rasa letih sangat? Sebenarnya keletihan yg kita rasakan semasa
 trimester pertama dan ketiga adalah cara badan kita memberitahu supaya kita jangan terlalu
 aktif. Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yg kita tak mampu lakukan
 tapi kita dan bayi kita akan mendapat manfaat darinya. Kalau tak boleh tidur, sekurang2nya 
letakkan kaki ke atas dan berehatlah dengan apa cara sekalipun selama 30 minit atau lebih.


Kredit : baby center



Ok tu dia 10 tips untuk kita jaga diri di awal kehamilan ni. Semoga bermanfaat. 
Nanti saya kongsikan perlu ke kita ambil suplemen semasa mengandung ni. Haaa. Tunggu ok!!

No comments:

Post a Comment