22 November 2014

Punca utama anak anda mengalami alergi…adalah ANDA.

Pernah dengar “bapak borek, anak rintik” atau mungkin “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?”
Begitulah juga halnya dengan alergi. Selain faktor makanan dan persekitaran yang menjadi punca alergi di kalangan kanak-kanak, terdapat satu lagi punca yang menjadi penyebab utama kepada masalah ini.
Tidak lain dan tidak bukan, ia pastinya…sejarah keluarga.
Jadi, jika anda pernah atau mengalami alergi, risiko anak anda untuk turut mengalami alergi adalah 20-40%. Jika anda dan pasangan mengalami alergi, risiko untuk anak anda turut mengalami alergi adalah lebih tinggi iaitu 50-80%. 
Untuk ketahui risiko alergi anak anda, sila semak carta di bawah:

Apakah tindakan anda?

Alergi boleh dicegah atau paling tidak, boleh dikurangkan. Oleh kerana sejarah keluarga merupakan faktor penting dalam menentukan risiko alergi, langkah pertama dan paling utama yang perlu anda ambil adalah dengan mengkaji semula sejarah keluarga kedua-dua ibu bapa.



No comments:

Post a Comment