Kadang-kadang perasan tak tiba-tiba bayi anda meragam je tak nak minum susu anda ke?
Atau mungkin disebabkan growth spur?
Atau mungkin disebabkan pemakanan anda?
Sebenarnya banyakmakanan boleh diambil semasamenyusu namun AWAS sesetengah makanan boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.
Atau mungkin disebabkan growth spur?
Atau mungkin disebabkan pemakanan anda?
Sebenarnya banyakmakanan boleh diambil semasamenyusu namun AWAS sesetengah makanan boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.
Antara berikut beberapa minuman yang perlu diberi perhatian semasa menyusu:
Buah-buahan Citrus
Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon,
limau, oren, dan limau gedang adalah berasid dan boleh mengganggu
sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi anda yang belum matang.
Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus
dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan
tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu, epal dan lain-lain.
2. Makanan Laut yang Mengandungi merkuri tinggi
Ikan yu, ikan todak, tenggiri raja dan tilefish merupakan ikan yang
mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Tahap merkuri yang tinggi
akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut
yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin,
dan ikan air tawar.
3. Makanan Yang Menyebabkan Alahan
Sentiasa alert dengan perubahan bayi anda apabila sesuatu keadaan
itu tidak seperti selalu contohnya bayi susah nak tidur, ruam-ruam, gatal-gatal,
pernafasan bersiul atau ekzema. Jika bayi mengalami keadaan tersebut cuba
untuk kurangkan pengambilan produk tenusu, makanan berasaskan gandum,
kerang, kacang tanah dan makanan berasaskan kacang.
4. Alkohol
Kalau anda memang peminum alkohol, kurang kuantitidalam setengah gelas ataupun kurang. Ini kerana akan
mengurangkan rembasan dalam pengeluaran
susu ibu. Alkohol boleh mendatangkan kesan yang tidak
baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan refleks
pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu.
baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan refleks
pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu.
Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya
selamat untuk dimakan kerana alkohol tersebut
akan mengalami penyejatan
selamat untuk dimakan kerana alkohol tersebut
akan mengalami penyejatan
5. Kafein
Untuk penggemar kafein – kafein boleh mengakibatkan
iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan
minuman berkarbonat sebanyak mungkin; berjaga-jaga dengan
minuman seperti kopi, teh, minuman ringan,
iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan
minuman berkarbonat sebanyak mungkin; berjaga-jaga dengan
minuman seperti kopi, teh, minuman ringan,
minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan.
So ibu-ibu semua berhati-hati yea dalam memilih pemakanan yang berkhasiat. Ini antara salah satu langkah untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif 6bulan dan insyallah hingga ke 2 tahun.
Sumber: Dr Gan Yoke Cheng : Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan.
No comments:
Post a Comment