Cara Mudah Memastikan Kereta Anda Sentiasa Berbau Wangi Seperti Baru Keluar dari Showroom
Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.
Kebanyakan kita sangat mementingkan penjagaan kereta baik dari luar
mahupun dari dalam termasuklah bau dalam kereta lebih-lebih lagi
sekiranya pemilik kereta adalah seorang lelaki.
Bagi penjagaan bau dalam kereta sememangnya sudah banyak produk-produk
pewangi khusus untuk kereta. Namun pewangi-pewangi kereta tersebut
bukanlah akan menghasilkan bau asal sesebuah kereta.
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya.
1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli "tau fu fa". 2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
3. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta
Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan
daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yg
dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit pertahun utk membeli
pewangi kereta.
No comments:
Post a Comment