Hari ini saya nak berkongsi tentang cara makan set kesuburan Shaklee. Cara makan ini dicadangkan berdasarkan pengalaman cara makan yang paling berhasil daripada pasangan-pasangan yang telah berjaya memperolehi cahaya mata setelah mengamalkan set kesuburan Shaklee termasuklah customer-customer saya sendiri.
So far alhamdulillah, saya ada beberapa customer yang memang consume Set Kesuburan Shaklee sebagai salah satu usaha mereka untuk mendapatkan cahaya mata..ada beberapa orang daripada mereka telah berjaya hamil dan sedang menunggu masa untuk melahirkan, insyaaAllah..Set kesuburan ini bukan saja diambil oleh pasangan yang baru nak mendapatkan cahaya mata, malah yang berusaha untuk dapatkan anak ke 3, ke 4 pun juga boleh mengambil set kesuburan Shaklee ini. Kadang-kadang masalah kesuburan juga berlaku pada pasangan yang telah punya anak. Saya kategorikan mereka yang mengalami masalah kesuburan ini kepada 3 kategori.
TIGA Kategori Pengguna Set Kesuburan
- Isteri ada masalah haid, haid tidak teratur @ hormon tidak stabil
- Suami Isteri tiada masalah, pernah dan telah buat pemeriksaan doktor, mungkin telah ada anak, cuma belum ada rezeki untuk hamil lagi atau hamil pertama kali.
- Isteri pernah hamil, tetapi keguguran
Setelah mengetahui anda berada dalam kategori yang mana, maka lebih mudah untuk anda memilih cara makan set kesuburan Shaklee yang sesuai untuk anda dan pasangan.
Secara umumnya vitamin asas untuk masalah kesuburan adalah seperti berikut:
Set Kesuburan Shaklee untuk suami dan isteri |
- BComplex(dengan Folic Acid)
- GLA Complex
Untuk Suami:
- Zinc Complex
- Vita E Complex
- Bagi kategori pertama, biasanya saya akan mencadangkan isteri supaya menambah Alfalfa dalam set kesuburan(GLA Complex+ BComplex) untuk membantu mengatasi masalah hormon yang tidak stabil dan haid yang tidak tetap.
- Kategori kedua memadai mengambil set asas ini sahaja.
- Kategori ketiga dicadangkan menambah minuman berprotein ESP untuk membantu menguatkan dinding rahim dan kesihatan dalaman isteri. Protein diperlukan untuk pembinaan sel baru dan membantu memulihkan kesihatan rahim isteri yang pernah mengalami keguguran.
Untuk mereka yang mengambil Vitamin Asas Set Kesuburan Shaklee, suami boleh mengambil Zinc Complex dan Vitamin E sebagai usaha bersama untuk mendapatkan cahaya mata.
Apa peranan Zinc Complex dan Vita- E untuk suami?
Zinc Complex: Zinc dapat meningkatkan bilangan, motiliti (pergerakan sperma berfokus) untuk membantu meningkatkan peluang persenyawaan dengan ovum, insyaaAllah.
Vita-E Complex: Gabungan Vitamin E dan Selenium dalam Vitamin E Complex dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan kualiti sperma. Ia juga membantu meningkatkan keinginan seksual suami yang dingin.
Cara makan Set Kesuburan Shaklee
- Bagi suami, bolehlah mengambil 1 biji Zinc Complex semasa perut kosong atau sebelum makan sekali sehari. Vitamin E boleh dimakan sebiji sehari sebelum tidur.
- Bagi isteri, cara makan B-Complex adalah 1 atau 2 biji sehari untuk bekalan acid folic.
- Untuk pengambilan GLA Complex, cara makannya adalah berbeza mengikut kategori masalah isteri tadi. Sebaik-baiknya sebelum mengambil GLA Complex, lakukan ujian UPT terlebih dahulu untuk memastikan anda bukannya hamil. JIKA TELAH HAMIL, PENGAMBILAN GLA COMPLEX HARUS DIHENTIKAN SERTA MERTA.
Bagi pengambilan GLA Complex:
- Isteri ada masalah haid, haid tidak teratur @ hormon tidak stabil
- 1 biji selepas sarapan, 1 biji selepas dinner. Jika anda masih mengalami haid tidak teratur, anda dinasihatkan mengambil GLA Complex setiap hari sehingga anda dapati haid anda telah mula tetap. Dalam tempoh ini, anda dinasihatkan mengambil Alfalfa Complex juga untuk membantu mengatasi masalah hormon anda.
- Setelah haid anda mula teratur(kitaran hampir tetap, jika beralih, cuma dalam tempoh seminggu sebelum atau seminggu selepas), anda bolehlah meneruskan pengambilan GLA Complex hanya pada waktu haid bermula hari pertama haid sehingga waktu subur sahaja. Pada hari selebihnya anda boleh pause seketika daripada mengambil GLA Complex dan memulakan kembali pengambilan pada bulan seterusnya. Sebaik-baiknya sebelum meneruskan pengambilan GLA Complex, lakukan ujian UPT terlebih dahulu untuk memastikan anda bukannya telah hamil. JIKA TELAH HAMIL, PENGAMBILAN GLA COMPLEX HARUS DIHENTIKAN SERTA MERTA.
- Bagaimana mengira waktu subur? Anda boleh mengira dengan cara di bawah:
- Cara mengira waktu Subur | Credit: PaMa
- Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudnya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.
- Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.
- Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.
- Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur. Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT). Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.
- Waktu subur adalah waktu yang paling tinggi peluang anda untuk hamil. Maka digalakkan kerapkan 'bersama' dalam tempoh waktu subur ini.
- Suami Isteri tiada masalah, pernah dan telah buat pemeriksaan doktor, mungkin telah ada anak, cuma belum ada rezeki untuk hamil lagi atau hamil pertama kali.
- Bagi pasangan yang tiada masalah kesuburan, cuma belum ada rezeki, bolehlah mengambil vitamin kesuburan dengan cara yang dicadangkan di atas juga. GLA Complex hanya dicadangkan ambil pada hari pertama haid sehingga waktu subur sahaja pada setiap bulan.
- Isteri pernah hamil, tetapi keguguran
- Bagi isteri yang pernah keguguran, dicadangkan mengambil B-Complex 2 biji sehari dan minum ESP yang dibancuh 2-3 scoop setiap hari sebagai tambahan protein untuk pembinaan semula sel dan menguatkan semula dinding rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang baru. B-Complex juga boleh membantu mengelakkan keguguran. Kandungan acid folic dalam B-Complex insyaaAllah membantu mengelakkan kecacatan pada bayi yang dikandung. Jika pernah keguguran, dinasihatkan supaya berehat 5-6 bulan sebelum kembali hamil selepas keguguran. Ini bagi membantu memulihkan dan memastikan anda benar-benar telah sedia untuk kembali hamil.
Tips Kuatkan Rahim dan Elak Keguguran:
Credit: Green Vitamin
• Pertama : Amalkan makanan yang segar dah elakkan makanan yang diproses. makanan yang diproses mengandungi bahan kimia yang memudaratkan.
• Kedua: Elakkan pemakanan yang bersifat “tajam” dan “sejuk” – termasuk jeruk, asam boi dan seangkatan dengannya.
• Ketiga : Amalkan zikir ini- Al Musowwir. Amalkan secara konsisten dan berdoa bersungguh-sungguh.
• Keempat: Amalkan makanan tambahan yang mampu menguatkan otot rahim dan penghasilan telur yang sihat.
Setelah segala usaha dilakukan, teruskan ikhtiar dengan memohon doa dariNya. Bagi muslim, terdapat doa yang diajarkan Nabi Zakaria untuk mendapatkan anak.
Doa Nabi Zakaria. a.s.
Sumber: Mudah Hamil
Surah Ali Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
- Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
- sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
- Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
(Sumber: 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran – Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed)
Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.
"SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN CAHAYA MATA YANG SOLEH DAN SOLEHAH UNTUK ANDA BERDUA.." AAMEEN.
No comments:
Post a Comment