25 March 2015

Air Kencing Kuning selepas pengambilan B - Complex


Air Kencing (URIN) adalah proses dalam tubuh untuk membuang lebihan air dan sisa dalam darah melalui buah pinggang. Adalah Normal sekiranya kita membuang air lebih dari 3 kali sejam.

WARNA AIR KENCING????

Namun, warna air kencing berubah selepas pengambilan B-Complex. Pekat plak warna kuning tuh. Mesti semua risau kan? hehehe. Inilah persoalan yang paling ramai tanya Ummi tau. Semua takut sangat dengan perubahan URIN tuh ...Mengapa Urin Menjadi Kekuningan? Ayoyoyoyoyo

Sebenarnya keadaan ini adalah situasi normal jika seseorang itu berubah warna urin mereka selepas pengambilan B-Complex. Ini kerana B-Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa. Selalunya anda  dinasihatkan semua kawan-kawan agar minum lebih banyak air.

Ketahuilah B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan!

So, Jangan risau eks semua ... SENYUM!

Apa2 pun Ummi tetap survey jugak sedikit ilmu untuk kawan-kawan. Berikut adalah warna air kencing anda yang harus diketahui dan penyebabnya:-

Kuning cerah atau terang
Urin yang NORMAL. Ini menandakan tubuh anda cukup air yang diperlukan.

Kuning coklat
kekurangan air dalam badan hingga berlaku hidrasi.Banyakkan minum air putih.
Kuning gelap
Warna ini berkemungkinan menunjukkan sama ada pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati atau hepatitis...Sebaiknya buat rujukan doktor.
Putih susu
kemungkinan anda mengalami jangkitan di saluran kencing atau terdapat batu karang.
Merah atau pink
Samaada campuran darah atau pemakanan pewarna.jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan atau kerosakan sel darah merah.Sebaiknya buat rujukan doctor.
Oren
kesan pengambilan ubat
Biru/ hijau
Banyak kes air kencing berwarna biru atau hijau kerana pengambilan ubat yang berkaitan dengan saluran air kencing..
Keruh/kekelabuan
air urin kotor atau jangkitan pada saluran kencing.
Biru
kesan pengambilan ubat-ubatan

No comments:

Post a Comment