28 March 2015

Tips Diet

Tips Diet


Hello! tau laaa mesti ramai nak kurangkan berat badan kan? Nak kurus sebab teringin berat badan biar 
cantik dan sihat. 
Image
Ayo ... tak mau laa badan cam sebelah kanan nie.
Bagaimana jika teringin kelihatan indah dengan bpakaian kebaya kalau lemak perut menggelambir? Huis! tapi jangan risau. Ada macam2 cara yang dilakukan untuk mengurangi dan menjaga berat badan nie,
 Diantaranya:
1. Diet Karbohidrat (No-Carb Diet).
Diet karbohiddrat nie berhenti terus pengambilan karbohidrat dan menggantinya dengan makanan 
protein seperti ikan dan telur. Pengambilan supplement pon boley jugak. Apa saja makanan
 karbohidrat yang mesti dihindari adalah seperti yang disenaraikan ini:
  • Mie
  • Nasi
  • Roti
  • Pasta
  • Tepung
2. Diet Vegetarian (Vegan Diet).
Diet Vegetarian pula lebihkan pengambilan sayuran sebagai sumber makanan seharian. Jangan
 lupa pengambilan protein tetap penting. Selain sayuran, pengambilan buah-buahan seperti epal,
 betik dan pisang adalah digalakkan.
3. Kurangkan pengambilan makanan (Portion Size Reduction).
Kalau sehari hari makan satu piring penuh, kurangkanlah kepada separuh ke dan jangan ada rasa 
nak menambah. Adalah dinasihatkan juga agar berhenti makan setelah jam 7 malam. Kalau 
masih lapar, perut bernyanyi2, boleh laa ambek buah-buahan. 
Disamping itu juga, BERSENAM adalah digalakkan sangat2. Tidak perlulah bersenam yang susah2kan
 diri. Cukup sahaja berjalan kaki selama 45 minit setiap hari 5 kali dalam satu minggu dah memadai
 ... Kalau dapat pergi berenang lagi bagus!

Kalau anda baca list di bawah ni, semuanya adalah benda biasa2 aje, tapi kalau anda amalkan,
 InshaAllah anda pun boleh kurangkan berat badan anda. Kalau tak turun banyak, sikit pun jadiiilah ...

1. Kurangkan pengambilan makanan berat utk dinner.
2. Wajib ambil sarapan.
3. Ambil sayuran/buah2an dalam kuantiti yang banyak.
4. Banyakkan minum air.
5. Senaman at least 3-4kali seminggu.
6.Kurangkan FAST FOOD. Kalau boleh jangan langsung!
7. Kurangkan makan di luar sbb kita tak tahu penggunaan minyak dan bahan2nya macammana. 
Seelok2nya masak sendiri ye.
8. Kurangkan pengambilan gula.
9. Makanan yang bagus elakkan :-
-ROTI CANAI
-APA2 YANG BERSANTAN
-NASI LEMAK
-TEH TARIK @ APA2 MINUMAN YG MENGGUNAKAN SUSU PEKAT MANIS, TUKAR DENGAN FRESH MILK

No comments:

Post a Comment