Selalunya kita beranggapan yg individu sihat akan buang air besar satu hingga 2 kali sehari. Tapi jangan panik kalau tiba2 kita tak membuang sehari. Jangan terus ambil julap ye. Hehe. Sebab secara umumnya, masa yg diperlukan untuk makanan yg kita makan tu untuk lalu sistem penghadaman dan kemudiannya ditukarkan menjadi najis adalah sekitar 12 sehingga 24 jam. Kalau la selepas 24 jam pon masih belum membuang, maka ianya dianggap sebagai 'slow transit'. Maksudnya, makanan kita dihadamkan kemudian bertukar menjadi najis lebih daripada 72 jam.
Namun, kalau kita tak membuang lebih daripada 3 kali dalam seminggu, maka kita sedang mengalami sembelit. Betul. Sembelit bukannya penyakit. Tapi kena ingat, sembelit ni adalah petanda kehadiran penyakit lain.
Kalau mengalami sembelit, selalunya kekerapan membuang tu kurang daripada 3 kali seminggu. Dan bila membuang, najis yg dikeluarkan keras setiap kali. Dek kerana susah dan keras, kita kena meneran lebih daripada 10 minit. Ada yg lebih teruk bila terpaksa menggunakan jari untuk keluarkan najis. Nah. Nampak macam kotor kan? Tapi penting ni untuk kita kenalpasti sama ada kita mengalami sembelit atau tak. Sebab sembelit petanda kepada penyakit lain. Ok?
Antara faktor yg menyebabkan sembelit ni adalah kurang minum air dan dehidrasi. Bila dehydrate, maka proses membuang tu pon akan terganggu. Tak gemar makan makanan berfiber atau berserat pon adalah punca kepada sembelit. Keadaan menjadi lebih teruk bila individu tu kurang makanan berserat tetapi lebih makanan yg ada gula dan lemak. Kurang melakukan pergerakan ataupun jarang bersenam pon boleh menggangu kelancaran proses pembuangan ni.
Faktor lain jugak bila kita ada tabiat menahan diri daripada membuang air besar dan kerap melakukannya dari semasa ke semasa. Kekerapan menggunakan ubat pelawas atau ubat2 tertentu pon boleh menyebabkan kita sukar membuang.
Sebab tu kalau di Shaklee, kita sarankan ambil herblax sama ada seminggu sekali atau selang sehari. Maka takdela kita bergantung sangat dengan Herblax. =)
Ibu hamil pon mungkin mengalami masalah sembelit disebabkan kerana hormon yg dinamakan sebagai ombalance. Mereka yg menghidap tiroid pon menghadapi risiko yg sama disebabkan hormon ombalance jugak.
Gambar menunjukkan udara (dalam bulatan) dalam usus yg terkumpul akibat tidak dapat keluar daripada usus. Ketegangan pada usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tak selesa.
Panduan elak sembelit
- Jaga diet. Banyakkan mengambil makanan berserat macam buah-buahan dan sayuran serta bijirin. Cek piramid makanan balik k. =)
- Minum air yg mencukupi. 3 liter ke atas memang sangat disarankan. Cara paling mudah nak kesan sama ada cukup atau tidak air yg kita minum bila kita tengok warna air kencing. Kalau kuning pekat makan kena minum lebih banyak air.
- Ubah gaya hidup. Kalau kurang bersenam, maka bersenamlah. Senaman dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap metabolisme . Bila ini terjadi peristalsis menjadi pantas lalu memudahkan kita untuk membuang najis.
- Wujudkan tandas yg selesa. Yg ni memang diakui. Sesetengah org yg suka menahan niat untuk membuang air besar disebabkan keadaan tandas yg kotor dan tak dijaga dengan baik. Sebab tu kena pastikan tandas bersih.
- Dapatkan nasihat doktor kalau nak gunakan mana2 ubat pelawas. Kalau bergantung sangat dengan pelawas ni tak elok. Lama2 otak kita takkan dapat signal untuk membuang secara semulajadi.
- Pelembut najis. Jalani pemeriksaan doktor. Sebab dalam keadaan tertentu ubat perangsang pembuangan najis akan diberikan seperti dulcolax dan senokot atau cecair osmotik (enema, fleet mahupun fortrans)
Kenali jenis najis bermasalah
- Keras dan kita terpaksa meneran setiap kali membuang najis.
- Bercampur dengan darah.
- Berselang keras dan cirit-birit.
- Keluar sedikit dan kita berasa tak puas membuang najis walaupun sudah kerap ke tandas.
- Bercampur lendir.
- Bentuknya halus seperti pensel.
- Sakit pada bahagian dubur setiap kali membuang air besar.
- Sakit perut yg teruk.
Kredit: Majalah PaMa Februari 2014
Jom sama2 kita menjaga usus kita. Kalau usus bersih, kita gembira!!
Kalau nak try alfalfa, ostematrix atau herblax atau pun DTX Complex untuk bantu bersihkan usus dah nyah toksin sekaligus, bole PM/Call/SMS/WhatsApp
012-3064843. Dah tentu dengan dose yg disarankan dan tak perlu bergantung kepada suplemen ni semata. Ada banyak tips ni!!
No comments:
Post a Comment