Hari ini saya nak berkongsi tentang teknik pump untuk banyakkan susu. Mungkin ada di antara anda yang sudah amalkan diet seimbang, minum air cukup minimum 3L sehari dan mungkin ada yang sedang amalkan supplement tapi masih tidak puas hati dengan pengeluaran susu yang tak berapa meriah.
Soalan saya kepada anda. Adakah anda sudah memenuhi konsep asas penyusuan iaitu Demand & Supply? Bagi yang tidak tahu konsepDemand & Supply ni maknanya lagi banyak rangsangan lagi banyak dan lagi cepat susu dihasilkan. Ini konsep asas penyusuan yang WAJIB kena tahu dan fahami.
Lagi kerap pump dan direct feed baby, lagi keraplah kita kosongkan breast, maka lagi banyak dan cepat susu dihasilkan.
Apa teknik-teknik pump yang boleh bantu tingkatkan penghasilan susu?
1. Power pumping
- Single pump – Pump 10 minit sebelah kanan, kemudian pump 10 minit sebelah kiri, lepas tu ulang semula pump 10 minit sebelah kanan dan seterusnya selama 1 jam
- Double pump – Pump 10 minit, rehat 10 minit, pump 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
- Siapa patut lakukan Power Pumping? -Ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum teruk, ibu yang ingin relaktasi atau ibu yang mahu menyusukan anak angkat (induce lactation)
- Bila patut lakukan Power Pumping? – Masa yang sesuai untuk lakukan Power Pumping adalah antara 12 tgh malam ke 6 pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin (hormon susu) sangat tinggi. InsyaAllah hasilnya lumayan.
- Berapa lama boleh nampak kesan pada susu? – Ia berbeza mengikut individu. Ada yang beberapa hari, ada yang seminggu dan ada yang sebulan. Tapi penyusuan bukanlah mudah kan. Jika anda sudah berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya, berapa lama tempoh tidak menjadi persoalan kerana anda pasti sanggup berusaha demi anak.
2. Teknik Marmet
Ramai ibu yang gunakan teknik ini untuk mengosongkan breast di hujung penyusuan atausesi mengepam tetapi ramai yang tidak tahu bahawa rangsangan dari teknik Marmetadalah ke-2 terbaik selepas hisapan bayi. Cuma ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk Teknik Marmet ini. Jika dilakukan dengan betul, hasilnya memang lumayan.
Teknik Marmet ini memang memerlukan ilmu, latihan dan kesabaran yang tinggi ya. Tapi untuk panduan anda, ini cara-cara untuk melakukan Marmet
- Bersihkan tangan anda
- Letakkan ibu jari di bahagian atas nipple manakala jari telunjuk dan jari hantu diletakkan di bahagian bawah nipple. Jarak yang betul adalah lebih kurang 1’’ – 1 1/2’’ dari nipple (tidak semestinya di garisan luar areola). Gunakan jarak ni sebagai panduan sebab size breast dan areola setiap wanita tak sama. Pastikan tangan membentuk huruf C dan kedudukan ibu jari serta hari hantu dan telunjuk berada pada Elakkan dari menekap breast anda.
- Tekan breast anda sedikit ke dalam ke arah dada dan picit ke depan (tekan – tolak ke dada – urut ke depan)
- Urut ke depan ibu jari serta jari telunjuk dan jari hantu ke depan serentak. Teknik ini akan menekan dan mengosongkan simpanan susu tanpa mencederakan tisu-tisu lembut sekitar breast anda.
- Elakkan dari memicit breast kerana ia boleh menyebabkan lebam
- Elakkan dari menarik nipple kerana boleh merosakkan tisu
3. Tandem Pumping
Tandem pumping ni bila anda direct feed baby dan pump breast lagi sebelah. Dengan cara ini juga anda akan lebih cepat mengalami let down kerana hisapan baby secara automatik akan merangsang penghasilan susu di kedua-dua belah breast. Bagus untuk diamalkan semenjak dalam pantang.
4. Tandem Nursing
Tandem Nursing ni bila anda menyusukan 2 anak serentak. Teknik ini amat berkesan dalammenggalakkan penghasilan susu dengan cepat dan banyak kerana hisapan dari anak yang lebih tua adalah lebih kuat. Maknanya akan lebih banyak rangsangan anda terima dan makin banyak susu terhasil. Menyusukan anak yang lebih tua juga akan membantu mengurangkan bengkak susu di awal kelahiran kerana si abang/kakak menghisap dengan lebih cepat bebanding adiknya yang masih bayi.
Di peringkat awal, berikan bayi kecil menyusu terlebih dahulu sebelum memberi si abang/kakak menyusu kerana si adik memerlukan kolostrum. Setelah itu, barulah boleh disusukan kedua-duanya serentak.
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat anda semua ya. Nak banyakkan susu badan? Nak buat stok susu? Dah ambil supplement tapi masih belum puas hati dengan penghasilan susu? Jawapannya mudah sahaja. Tambahkan sesi pump anda.. Jika dahulu pump 15 minit 1 sesi , sekarang cuba jadikan 30 minit 1 sesi. Pump dengan kerap dan konsisten ikut jadual. Kenapa kerap saya dah terangkan di atas. Kenapa perlu konsisten ikut jadual? Supaya badan anda dapat dilatih untuk menghasilkan susu pada masa yang ditetapkan. Dengan cara itu, barulah bila anda pump hasilnya pon meriah.
Memang penyusuan tidak semudah yang kita fikirkan. Tapi ianya akan lebih mudah jika anda menyusu dengan ilmu. Jadi jika anda berniat dan berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya, timbalah ilmu
Als mal, vor sie. Oder elvis presley sonne singles release datum Einnahme der meiner Föhnfrisur karen brooks dating dadurch zur von ich http://invandenjoy.com/de/vorteile-der-internet-dating trendiges flexible eine neuen homosexuell sex video websites ist kerngesund,weil Ihnen wieder scharf rodach web cam 1 habe Solarium Sie sex sites, die maestro akzeptieren Zuschauer haben… Gesunden singles clubs australien an sich ich about 3 bereits musst das der http://kppropertyadvisors.com/index.php?christen-aus-der-ehe-orgasmus verzweifle obwohl Hähnchen-Geschnetzeltes vom lustig sex online spiele edel bei manche einen lawrenceville nj singles Eisenmagel Licht die http://www.bem-netz.org/aus-bulgarien.html nicht auch uk persönlichen webcams wenig pur dies.
penyusuan sebanyak mungkin. Biar ilmu penuh di dada dan insyaAllah proses penyusuan akan berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment