07 December 2014

Tips untuk lancarkan period/cycle period secara semulajadi



Macam mana nak cek haid kita teratur ke tak? Kalau saya, saya sediakan kalendar di handphone. Banyak dah apps sekarang kan. Macam ni haa. Comparela bulan ni dengan bulan depan. Bila ada tracking camni senang. Nak tau pregnant ke tak pon senang. Hehe.




Masalah haid yg tak teratur atau lambat bukanlah isu luar biasa sebab ianya boleh dianggap perkara biasa di kalangan wanita. Kiraan haid pula adalah selama 3-7 hari dan tempoh antara kiraan haid kepada haid seterusnya di antara 21-35 hari. Yg ni bergantung kepada individu la sebab manusia ni kan unik. Allah dah cipta cantik. Berbeza antara satu sama lain. =)

Biasanya wanita mempunyai kitaran haid tetap tapi bagi yg mengalami masalah haid lambat ni perlu pergi membuat pemeriksaan. Sebab bagi yg dah berumahtangga, mungkin positif hamil. Namun bagi yg belum berumahtangga, masalah haid lambat ni mungkin disebabkan stress. Sebab tu ambil chill pill - B-Complex. Hehe. Hilang stress. Sebab nak betulkan balik kitaran haid kembali normal adalah dengan cara menghilangkan stress. =)

Ada jugak yg memang mengalami masalah haid yg tak tetap. Misalnya 3 bulan sekali disebabkan masalah hormon iaitu Polycistic Ovarian Syndrome (PCOS) atau masalah tiroid rendah. Ada juga yg lambat haid disebabkan oleh menopaus. Untuk kes2 seperti ni, kita perlu menjalani pemeriksaan darah untuk pastikan hormon yg menjadi penyebab kepada haid lewat.  

Punca2 haid lewat

  • Tidak sihat. Pengambilan ubat2an akibat sering sakit atau badan tidak sihat boleh mempengaruhi haid.
  • Penurunan berat badan secara drastik. Kalau kita jenis yg mengamalkan program diet yg terlalu ketat dan mengalami penurunan berat badan secara drastik pon boleh menyebabkan haid terganggu.
  • Menghidap aneroksia atau Bulimia.
  • Badan penat.
  • Stress. 
  • Perjalanan jauh. Misalnya orang yg selalu melancong atau sering berjalan jauh. Akibatnya kita selalu penat. Keadaan ini mempengaruhi bahagian rahim dan pelepasan telur yg lambat.
  • Menyusu. Ibu yg menyusukan anak tak mengalami jadual haid yg teratur. Ini adalah normal.
  • Masalah hormon.
  • Merancang kehamilan. Kebiasaannya, pengambilan ubat atau alat2 tertentu untuk merancang kehamilan boleh menyebabkan seseorang tu tak mengalami haid untuk 3 - 4 bulan. 

Cara atasi haid lambat secara semulajadi
  • BIJAN & GULA SAWIT : Pengambilan bijan putih atau hitam yg dihancurkan dan dicampurkan dengan gula akan melancarkan aliran haid dalam masa yg cepat.
  • BETIK : Buah ini dapat melancarkan haid yg tak teratur. Cukuplah dengan makan sebanyak 250g setiap pagi dan sebelum tidur.
  • JINTAN & GULA SAWIT : Didihkan jintan bersama gula sawit dan minum airnya. Kita juga boleh gantikan dengan minyak jintan.
  • SENAMAN & OMEGA 3 : Lakukan senaman yg teratur dan diet yg kaya dengan antioksidan dan Omega 3. Tambahkan dengan latihan kardio 3-4 kali seminggu.
  • PERIA : Walaupun pahit, tetapi peria dapat membantu melancarkan haid.
  • TIDUR YG CUKUP : Pastikan kita mendapat tidur yg cukup setiap hari.
  • SALMON : Makanan mewah ini mengandungi gizi dan membantu meningkatkan kolagen dalam badan apabila diambil secara teratur. Ia juga memberikan kestabilan hormon sehingga kita tak mudah stress dan haid datang tepat pada waktunya.
  • BROKOLI : Kandungan folat dan Vitamin B mampu mencegah depresi. Depresi adalah salah satu faktor kenapa haid lambat.
  • BIJAN : Kecil tapi besar manfaatnya. Pengambilan bijan boleh membantu ketahanan badan kerana kandungan vitamin E, serat dan asid lemak tak tepu. Namun tidak digalakkan mengambil terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan badan menjadi panas.
  • SUSU SOYA : Selain untuk mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan, soya ini baik diminum ketika haid datang. Nutrisi dalam segelas susu soya mampu menjaga kesihatan badan dan sistem reproduksi.
  • TELUR : Mampu menjaga hormon agar kita sentiasa bertenaga dan mengatur pengaliran darah. Adalah lebih baik memilih telur rebus daripada telur goreng.
  • ASAM : Makanan ini membantu melancarkan haid. Contohnya, asam jawa yg diambil dalam bentuk minuman atau gula2. Menurut petua orang2 lama, asam jawa dapat menghancurkan darah2 haid yg berketul2.
  • CUKA EPAL : Mampu membantu melancarkan haid. Kita boleh minum atau jadikan sos untuk salad. Cuka epal juga dapat mengurangkan insulin dan seimbangkan kadar gula dalam darah.

Ok, kesimpulannya, bagi yg haid normal tetapi mengalami masalah lambat datang haid, jangan bimbang. Sebab bukan semua wanita hamil bila haid lambat datang. Hehe. Haid lambat terjadi jugak kalau kita stress, kurang tidur atau ada ambil ubat2an lain.

Jadi chill. Jangan risau.

Kalau nak tenang tanpa stress, boleh ambil B-Complex Shaklee. Sebab B-Complex membantu memberikan sensasi ketenangan. Bila tenang haid kembali normal!!



Atau pada mereka yg ada masalah haid tak tetap, boleh cuba GLA Complex. Sebab GLA bagus untuk betulkan hormon wanita kita ni haa. Dan yg bestnya GLA pon bagus untuk kulit. 



Kalau selalu rasa penat, boleh ambil multivitamin Vitalea. Yela, kalau penat pon stress jugak. Sebab balik keje dah stress, badan penat nak main dengan anak2 pon tak larat. Kesian anak2 tunggu kita seharian balik keje dengan harapan nak main sama2 tapi kena marah pulak. Huhu. Saya syorkan ambilla Vitalea sebab dengan gabungan Vitalea dan B-Complex tadi memang kita akan lebih bertenaga dan tak stress.





See. Best kan? Jadi kalau nak betulkan hormon, boleh try 3 ni. Kalau takde bajet boleh ambil GLA Shaklee je. Tu pon dah terbaik!!


Berminat bole call/pm 0123064843

No comments:

Post a Comment