24 September 2014

SEDEKAHLAH SELAGI MAMPU....

#Sedekah .

Salam. Sejujurnya perkara paling penting dalam memajukan perniagaan adalah Sedekah. Semalam saya baru juga bertanya dengan owner Jakel tips paling penting macamana Jakel boleh berjaya. Simple je jawapan dia - Sedekah Carl, Sedekah. Sebenarnya saya perasan magiknya sedekah ini masa saya jadi gold trader di salah satu bank di Malaysia pada tahun 2012. Ada satu bulan tu saya tak dapat sale langsung, runsing sebab target sebulan kena jual 2kg gold. Depressed hidup masa tu and terus ke Masjid berhampiran untuk solat Zohor. Sebelum itu saya adalah orang yang sangat jarang bersedekah, saya akui. Lepas solat hati saya nak cuba sedekah, cek dalam wallet hanya ada RM5 je. Tu je ada duit haritu untuk beli makan, and teringat tentang orang cakap ajaibnya sedekah, terus masukkan RM5 ke dalam tabung masjid. Allahuakhbar, balik je ke bank terus ada customer tunggu nak beli 3kg of gold bernilai RM450k masa tu. Dari saat itu, saya rasa yaAllah powernya kuasa sedekah ni. Start dari itu juga, saya biasakan diri saya dengan setiap produk saya dari hari pertama jualan akan disalurkan/disedekahkan di saluran tertentu. Mudah keluarkan duit untuk orang yang memerlukan. Sedekah bukan dalam bentuk wang sahaja, ilmu dan pengalaman juga bentuk sedekah. Jangan lokek dengan ilmu and pengalaman yang ada. Kongsikan. Kalau lah semua orang tau hebatnya kuasa sedekah, dalam dunia ni tak siapa pon akan meminta, semua orang akan memberi kepada orang lain. Yes saya akui, kuasa sedekah yang membantu perniagaan saya dan cara saya berfikir. Hari Jumaat kan? Apa kata start sedekah today. .

Sedekah itu barakah .

Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 261
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.#TipsCarl


credit to carl samsudin.


No comments:

Post a Comment