04 February 2015

Advance Joint Health dapat membantu GOUT

APAKAH PENYAKIT GOUT

Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

♥Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?

Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

♥Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?

Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.

♥Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout

1) Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
2) Sendi menjadi bengkak.Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
3) Demam.


CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK GOUT

BERMINAT DAPATKAN PRODUK INI?


fariana chew
sid : 989897
contact : 012-3064843

No comments:

Post a Comment