08 February 2015

Amat sukar turun berat badan

Amat sukar turun berat badan

Sering saya bandingkan kenaikkan berat badan sama saperti harga barang. Bila sudah naik memang amat sukar diturunkan. Kalau harga barangan kita semua faham sebab2 tidak bolih turun harga tetapi berat badan adalah seratus peratus dibawah kawalan kita. Hanya mahu tak mahu sahaja atau ikut kekuatan azam kita dan kesungguhan kita melawan nafsu. 
Malaysia memang mewah dengan berbagai aneka juadah makanan dengan harga berpatutan - syorga makanan. Lagipun kita tidak putus2 berpesta yang mewajibkan adanya hidangan makanan. Balik kampung pun jadi satu pesta makanan. Majlis perkahwinan, aqiqah anak , kenduri arwah , ceramah ugama dimasjid dan lain2 aktibiti tidak sunyi dari himpuanan berbagai sajian makanan. Bagaimana hendak lawan nafsu makan? Surrender.
Saya sekarang tunggu isteri belanja disupermarket dan saya terpaksa minum nescafe tarik sedang saya buat makallah ini. Berapa banyak gula dan kalori dalam satu cawan kopi susu. Saya rasa kenyang dan tidak teringin makan malam. Bila saya rasa lapar sedangkan belum waktu makan saya sering makan kacang2 iaitu campuran kacang peanuts, almond, gajus dan keroma serta minum air suam atau mineral. Memang rasa puas dan kenyang. Orang2 yang gemok cuba amalkan saperti saya dan jauhkan mee, roti canai dan teh tarik sebagai makanan sampingan 'tea dan coffee break'.
Satu lagi amalan baik ialah makan buah2 dan minum juz dulu sebelum makan nasi, lauk dan sayur2. Ini memang amalan Rasulullah dan memang terbaik untuk penghazaman dan penyerapan zat2 makanan.
Konyah makanan banyak kali setiap suap makan sehingga lumat sebelum ditelan. Jangan habiskan sepinggan hidangan makanan dalam 5 minit, makan perlahan2 dan cuba habiskan dalam 20 - 30 minit agar perut yang penuh bolih beri signal keotak yang ia sudah kenyang.
Makanan yang eliminate inflammation baik untuk rawat endometriosis.
Jauhkan makanan yang cause inflammation.

No comments:

Post a Comment