30 November 2014

SINTOM-SINTOM TIBI DAN SUPPIMENT

Tibi & Shaklee



















Ok, arini nak cakap pasal tibi ni penyakit yang kita xjangka..last month my uncle was dead
 cause of Tibi ni...dia punya sintom batuk ,demam on off on off...then terus jadi teruk koma
 dan meninggal...sedekah kan Al-fatihah pada uncle salleh... Tibi bukan penyakit keturunan. 
Cuma mungkin sebab dah nak terkena. 

 Tahukah kita yg penyakit tibi ni antara penyakit TERTUA di dunia ni. Sebabnya penyakit
 ini dilaporkan ditemui pertama kali di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir
 sekitar tahun 460 sebelum masihi. hippocrates telah mengenalpasti yg tibi ni penyakit paling
 tersebar luas pada masa itu dan selalunya membawa MAUT. Jangan takut. Itu dulu. Sekarang
 Insya Allah ada caranya. Mak saya pon dah bebas tibi. =) 

 Sejarah penyakit tibi kat Malaysia pulak kalau korang nak tau antara tahun 1945 hingga 1957, 
tahun kita merdeka, tibi adalah pembunuh nombor satu di Malaya. Waktu tu, sebahagian
 besar katil lat hospital penuh dengan pesakit tibi. Sebelum kita jumpa penawar mujarab 
untuk wabak tibi yg masa tu turut melanda dunia, pesakit tibi dikuarantinkan di satu
 tempat terpencil "sonatorium" bagi mengelak jangkitan berlaku. Masa tu, ubat yg
 diberikan hanyalah makanan berkhasiat bagi membina tubuh yg kuat. Itu dulu la.

 Meh la kita berkenalan dengan tibi ni ok! Apa sebenarnya tibi ni? Pernah dengar 
batuk kering? Tu pon nama lain bagi tibi. Kita orang melayu mungkin lagi kenal
 batuk kering daripada tibi. Tapi bila sebut batuk kering, maka ketakutan kita
 terhadap sakit tu kurang degreenya. Sebab ianya sekadar batuk dan batuk akan
 hilang sepertimana selesema jugak. Ini TIDAK BENAR.

Kebanyakan individu yg dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi sebab
 kuman2 tibi akan terpendam dan tak aktif dalam badan. Kadang2 sampai akhir hayat begitu je. 

Kuman2 tibi tiba2 jadi aktif bila SISTEM IMUNISASI GAGAL halang mereka 
daripada membiak di dalam badan. Setengah org yg dijangkiti akan dapat penyakit
 tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan diorang 
sempat lawan kuman2 tibi. Tapi sesetengah individu lain pula, diorang akan 
jatuh sakit beberapa tahun kemudia bila kuman yg dulunya diam dalam badan
 terima isyarat daripada sistem daya tahan badan yg lemah dan bertindak balas 
semula. Di sini peranan kita untuk boost immune kita selalu. Sebab sakit akan
 serang kita bila sistem imun kita lemah.

Kalau korang nak tau, 24 Mac setiap tahun diisytiharkan sebagai hari tibi sedunia.
 Bukanla nak meraikan penyakit ni pulak. Haha. Tapi sebenarnya nak beri kesedaran
 tentang bahaya penyakit ni kepada semua. =) 

Pertubuhan Kesihata Sedunia (WHO) melaporkan umumnya 1/3 daripada penduduk
 dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Maksudnya 1 daripada setiap 3 orang rakyat 
Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja kita sedia mempunyai kuman
 penyakit ni dalam badan. Scary x? =P




Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yg membawa maut kalau tidak dirawat.
 Tibi ni berpunca daripada kuman mycobacterium bacillus yg ditemui oleh
 Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwarna merah, halus dan hanya boleh
 dilihat melalui mikroskop.

Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru2 atau dikenali 
sebagai tibi pulmonari. Pun begitu, melalui peredaran darah, kuman ni masih 
boleh merosakkan bahagian tubuh lain macam buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher
, tulang, otak dan lain2.

Macam mana tibi merebak?

Bila pesakit pulmoni aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan
 beribu2 kuman tibi daripada paru2atau kerongkong yg bertebaran di udara dalam 
bentuk titisan halus. Sesiapa yg menyedut udara yg mengandungi kuman tibi yg 
terapung2 itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yg berhubung 
rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko
 untuk menghidapinya. No wonder, lepas mak kena tibi setahun lebih yg lalu, 
skang adik pulak yg kena. 

Macam mana kita nak tau kalau2 kita ada penyakit tibi ni? Apa gejala2 atau simptom2 tibi?
  • Batuk berkahak melebihi 2 minggu atau lebih
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya bila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan
Memang betul, semua simptom ni dapat dilihat kat mak n adik saya. Adik saya baru2 ni
 demam. MC diberi 2 hari tapi demam tak hilang. Ada masa sihat, ada masa demam. 
Hilang selera makan pon betul. Dia memang on diet tapi takde turun berat badan dia
 tu kalau dia on diet macam biasa. Tapi entah tiba2 berat badan boleh turun 3kg 
dalam masa dia demam tu. Memang suka. Tapi hoi. Turun berat badan akibat penyakit la
 cara yg paling tak best untuk kurus. Hehe. Sila jangan bangga kalau korang slim tapi sakit. =)

Apa langkah2 pencegahan tibi?
  • Bayi2 baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yg berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk uji kahak kita
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yg tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam
  •  tempoh yg lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan


Siapa pulak golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan?
  • Penduduk miskin yg tinggal di desa mahupun di bandar2
  • Pembawa HIV
  • Mereka yg menghidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • Pesakit yg mengambil ubat steroid dalam jangka masa yg lama
  • Warga tua


Bagaimana cara mendiagnos tibi?
  • Kalau mengalami batuk berpanjangan, kita hendaklah melakukan pemeriksaan
  •  sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian
  •  kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran 
  • secara percuma
  • Pemeriksaan sinaran x dada juga boleh menunjukkan kerosakan yg mungkin berlaku 
  • pada paru2 kita

Rawatan tibi

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang2nya 6 bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam 
tempoh berkenaan. Pada 2 bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi
 sebanyak 4 jenis ubat makan yg disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yg dilantik
 sebagai penyelia. Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama 4 bulan,
 biasanya melibatkan 3 jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti
 secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.

Kenapa kena makan ubat di bawah penyeliaan? Sebab takut org yg jenis tak suka makan ubat
 buang je ubat tu atau nanti balik umah tak makan langsung. Haa. Dah tau tibi ni penyakit
 berjangkit lagi tak nak makan ubat. Babap kang!



Tips Umum
  • Sekiranya kita pesakit tibi yg sedang menjalani rawatan, kita hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
  • Rehat secukupnya
  • Makan makanan seimbang
  • Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman2 tibi pada sepanjang masa
  • Jangan biarkan diri dikuasai oleh roko kerana ianya hanya memburukkan keadaan
  • Banyakkan bersenam
  • Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yg sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak
  • Biarkan cahaya matahari memasuki rumah kita dengan banyaknya sebab ia berupaya membunuh kuman tibi yg terapung2 di udara dan berselindung di sudut2 rumah
  • Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yg sempit
  • Ambil suplemen yg boleh meningkatkan sistem imunisasi badan

Bercakap pasal sistem imunisasi badan untuk pesakit tibi ni kan, di Shaklee ada
 jugak suplemen yg boleh kita ambil untuk tingkatkan sistem imunisasi badan. Apa dia? Meh tengok.

Secara ringkasnya, kita boleh ambil mana2 suplemen yg meningkatkan sistem imunisasi kita. 



Nutriferon Shaklee

Memang sahih fungsi nutriferon ni pon untuk boost kita punye immune system. Ingat tak di awal
 artikel tadi saya ada sebut kuman tibi menyerang bila sistem imunisasi dalam badan kita ni lemah. 
Sebab tu kalau boleh, pastikan sistem imunisasi dalam badan kita tak lemah, kuat dan boleh melawan
 penyakit. =)


Vivix Shaklee



Lebih dikenali sebagai tonik ajaib kan? Bagus sangat kalau boleh beli ni. Bajet lebih sikit 
elokla amik vivix sebab vivix bantu kita merawat penyakit melalui sel dan dna dalam badan
 kita. Sebab tu namanya tonik ajaib. =)

 Omega Guard Shaklee



Umum tau kan Omega Guard tengah promo bulan ni? Bagus sangat ni tau. Sebab
 minyak ikan membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2. 


Zinc Complex


Meningkatkan sistem imun dan mengaktifkan 200 jenis enzim. =)


Carotomax Shaklee


Ni antara hot stuff Shaklee ni. Asyik sold out memanjang. Mampu menghalang 
infeksi, merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan
 kondisi penyakit sistem respiratori paru2, batuk, hepatitis, athma, flu dan selesema.



Kan saya pernah cerita kebaikan bawang putih? Bagus garlic ni sebab garlic antibiotik 
semulajadi. Selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk tingkatkan sistem imun tubuh, 
menghalang penyakit berjangkit macam selesema, kulat, kuman, virus etc. 
Juga menghalang alergi dan mempertingkatkan immune bagi penyakit mcm hidung sensitif, s
inus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis. Boleh baca kebaikan bawang putih kat sini.


Sustained Release Vita C Plus Shaklee


Ni lagi 1 hot stuff. Hehe. Setahun takde kat Malaysia sampai kemaruk semua org cari. 
Bila dah ada, org lain siap jenamakan kembali. Kesian kan. Hehe. Vitamin C bagus untuk
 meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita. Membina sel darah merah yg sihat untuk
 penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan
 kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit dan
 juga asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.


Itu antara suplemen Shaklee yg boleh membantu merawat tibi dengan cara meningkatkan
 daya ketahanan dalam badan. Tapi bukan semua kena amik la. Ikut bajet masing2.
 Maka tepuk dada dan cek poket sendiri. Kalau ada duit lebih, boleh beli lebih. 
Lagipun tak rugi beli suplemen. 

Rasa mahal? Ish. Jangan gitu. Sementara sihat memang kita berkira. Lebihkan kecantikan
 luaran dari kesihatan sendiri. Kalau dah sakit nanti, nak melaram dengan 
baju dengan mekap cantik2 pon tak larat dah kan. =)

Kalau nak dapatkan barangan Shaklee boleh roger saya. 
PM/Call/SMS/WhatsApp 0123064843 untuk Harga Hebat,
 Tawaran Istimewa & Konsultasi Percuma!!

29 November 2014

Belanja birthday girl hari ni dekat the nail parlour alamanda


Hi semua,happy weekend so korangbust  ape hari ni...actualy hari ni sebenarnya nak pegi klia2 tapi on the way nak pegi hujan punya lebat turun so kami tukar plan ke alamanda Sahaja shopping sambil buat pedicure & manicure dekat alamanda je..  
Ni la birthday girl my mum bukan Kawan tau...haha mama kang perasan muda 

Cantik kan tempat rendam kaki dia. Hehe

Selfie lagi hehe 

She name lily ..dia buat Sangat proper cantik dah kulit kali ioll hehe 




Cara menentukan masa kesuburan wanita

Semua pasangan yg dah bina rumahtangga tentu ada impian nak timang cahaya mata. Kalau sebelum ni berdua mesti ada yg nak jadi bertiga. Bukan tambah isteri ye kawan2. Tambah ahli keluarga baru iaitu anak2. Ye lah, anak2 ni penyeri rumahtangga. 

Tapi berapa ramai yg sedar sebenarnya kesuburan dan kehamilan ni semua adalah ketetapan Allah. Macam mana Allah dah tetapkan rezeki, jodoh, kematian, begitu jugak la dengan kesuburan dan kehamilan ni. Ada yg diberikan rezeki anak, dan anak2 nya menjadi belaka. Sejuk rahim ibu yg mengandungkan. Ada yg diberikan anak,  anak itu yg patutnya menjadi saham akhirat mereka, tapi akhirnya menjadi neraka dunia buat ibu bapa. Jadi, walau apa pon ketentuan, terima lah dengan hati yg terbuka. Semua benda ada hikmahnya.

Ok dah melalut. Kata nak cerita pasa cara nak tentukan kesuburan kan. Ke laut pulak perginya.

Ok. Setiap bulan anda mempunyai kira-kira 20% peluang untuk hamil (bergantung kepada umur). Lagi meningkat umur, lagi rendah la peluang hamil(rendah je bukan bermakna tak berpeluang langsung okey). 

Kajian Barret dan Marshall pula mendapati hubungan jima' secara rawak hanya mencapai 24% peluang kehamilan bagi setiap kitaran haid bagi seseorang wanita.

Maknanya, peluang kehamilan dapat ditinggikan hanya dengan mengira waktu kesuburan isteri. Jom ikuti panduan berikut untuk membantu anda mengenal pasti hari-hari subur dan insyaAllah akan membantu anda hamil dengan cepat! 

1. Tentukan purata panjang kitaran haid

Ramai yang menganggap kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Kitaran haid yang normal bermakna setiap bulan haid datang secara tetap. Sebenarnya purata kitaran haid yang normal adalah diantara 26-32 hari ya. Jenuhla kalau cycle 30 hari nak paksa jadi 28 hari kan? hehe. 

Ini cara tentukan panjang kitaran haid korang. Tandakan di kalendar hari pertama datang haid. Tunggu hingga haid seterusnya bulan hadapan, tanda hari pertama datang haid juga. Dari situ korang boleh kira dari tarikh haid pertama hingga haid seterusnya. 

Contoh: Hari pertama haid 24 Mei, haid seterusnya 21 Jun, itu bermakna kitaran haid  korang ialah 28 hari. Jika haid bermula 23 Jun, itu bermakna kitaran haid korang 30 hari. Teruskan mencatat kitaran haid korang selama beberapa bulan untuk mengetahui kitaran haid yg sebenar.

Sekarang ni ramai yg guna smartphone kan. Dalam playstore masing2 mesti ada application untuk kira cycle camni.  Saya pon ada guna. Bila kita masukkan tarikh period , aplikasi ini akan kira purata kitaran saya, waktu ovulasi, dan jangkaan tarikh haid seterusnya!

2. Kenal pasti "fertile window" korang.

Anggapan hari subur jatuh pada hari ke 14 sebenarnya adalah tidak tepat. Wanita yang kitaran haidnya tetap 28 hari mungkin subur pada hari ke 14, tetapi tidak bagi wanita yang kitaran haidnya lebih pendek atau panjang. Cara kiraan 14 hari dari tarikh mula haid juga adalah tidak tepat. Sebenarnya korang  perlu tolak 14 hari dari jumlah hari kitaran haid. 

Contoh:

Kitaran haid 28 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 14
Kitaran haid 30 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 16
Kitaran haid 32 hari: tolak 14 hari, hari subur jatuh pada hari ke 18.

14 hari terakhir dalam kitaran haid dipanggil 'luteal phase'. Menurut babymed.com, fasa luteal harus berlangsung sekurang-kurangnya selama 12 hari untuk memastikan bahawa telur yang disenyawakan mempunyai masa yang cukup untuk implantasi.  Fasa luteal yang kurang dari 12 hari adalah dianggap tidak normal dan perlukan rawatan doktor.

Cara paling mudah menentukan "fertile window" ialah dengan mengunakan kalendar ovulasi. Kalendar ini akan memberi jangkaan tarikh bila waktu anda paling subur. Kaedah ini tidak setepat carta kesuburan atau 'ovulation test kit', tetapi ia boleh memberi anggaran waktu dengan syarat kitaran anda adalah tetap.

3. Perhatikan tanda-tanda subur
Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan korang mungkin subur termasuk: keinginan libido meningkat, rasa kembung, sakit kepala, peningkatan lendir serviks dan lain-lain. 

4. Gunakan 'basal thermometer'

Jika korang nak tahu dengan tepat waktu ovulasi, cara terbaik ialah dengan menggunakan carta kesuburan. Setiap pagi, sejurus terjaga dari tidur (sebelum bangun dari katil) ambil suhu badan korang. Adalah penting untuk mengambil suhu pada waktu yang sama setiap hari.

Teruskan mencatat suhu badan secara konsisten dan korang akan mula perasan satu corak di mana suhu badan sebelum ovulasi adalah rendah, tetapi sejurus selepas ovulasi suhu badan akan meningkat dan korang akan nampak perubahan ini di dalam carta. Tetapi ianya tidak tepat jika korang mahu mengagak waktu ovulasi, kerana apabila suhu badan berubah itu bermaksud korang dah pun berovulasi. 



5. Gunakan kit ujian ovulasi

Ujian ovulasi direka supaya dapat mengesan hormon yang dikenali sebagai 'luteinizing hormon' (LH). Hormon ini akan meningkat mendadak sejurus sebelum ovulasi. Ovulasi boleh berlaku antara 12 hingga 48 jam selepas ujian ovulasi positif. Jika mendapat keputusan yang positif, korang perlu merancang untuk mengadakan hubungan pada hari yang sama dan sehari atau dua hari berikutnya. Terus bersama selagi masih ada lendir serviks yang subur. Apabila lendir sudah kering, sudah pastinya korang dah berovulasi. Jika pada masa yang sama korang menggunakan carta kesuburan korang boleh lihat suhu badan korang akan kekal tinggi selepas ovulasi.

Cara guna ujian ovulasi ini sama dengan ujian kehamilan, cuma perlu tentukan tempoh kesuburandahulu (guna carta atau guna kiraan haid) dan buat ujian setiap hari dua kali sehari sehingga dapat keputusan positif

contoh ujian ovulasi 



6. Tentukan waktu untuk mengadakan hubungan intim

Sebaik sahaja korang boleh mengagak bila korang ovulate, sama ada dengan menggunakan kaedah kalendar atau carta kesuburan, korang bolehla menentukan masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim. 

Menurut kajian, peluang terbaik  untuk hamil berlaku semasa dua hari sebelum ovulasi. Jika ovulasi telah berlaku, peluang untuk hamil agak tipis kerana telur tidak boleh bertahan lama. Inilah sebabnya mengapa bersama beberapa hari sebelum ovulasi memberikan peluang terbaik untuk hamil. Hubungan intim pada hari ovulasi juga membantu, tetapi penyelidik telah mendapati bahawa melakukan hubungan intim dua hari sebelum ovulasi adalah paling tinggi peluang untuk mengandung. 


Itulah antara kaedah untuk menentukan waktu subur. Bila dah tahu waktu subur, peratusan untuk hamil tu agak tinggi la. Sambil2 tu, korang boleh la makan suplemen untuk kesihatan dan meningkatkan potensi kehamilan.

Ingat jugak, kesuburan ni melibatkan kedua2 pasangan. Jangan si isteri je sibuk merancang dan mengira waktu kehamilan, sedangkan suami sendiri sebenarnya ada masalah kesuburan. Kalau betul ada masalah untuk dapatkan anak, eloklah refer kepada mereka yg pakar. Nak makan suplemen untuk ikhtiar tak salah, tapi dalam masa yg sama, nasihat daripada mereka yg ahli tu pon sama pentingnya.


Nak tahu suplemen untuk merancang kehamilan atau suplemen untuk ibu2 yg hamil??

PM/Call/SMS/WhatsApp 0123064843 untuk dapatkan TAWARAN HEBAT, HARGA ISTIMEWA & KONSULTASI PERCUMA!!

Kehebatan vitamin C dan cara pengambilan yang betul

 FUNGSI VITAMIN C DI DALAM TUBUH KITA

  • Ianya membantu pembentukan collagen, bahan protein yang mencantum/mengikat sel-sel.
  • Ianya penting untuk pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi.
  • Ianya juga mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan juga gusi berdarah.
  • Penyembuhan selepas pembedahan menjadi lebih cepat dan efektif dengan pengambilan yang tinggi.
  • Ia juga merupakan antioksidan menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan amat berkesan dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan dan pra-matang tubuh.
  • Ia juga berperanan menghalang jangkitan, serangan virus dan bakteria serta mengurangkan kesan alergi.
  • Bagi perokok, pengambilan Vitamin C yang konsisten dapat membantu menghapuskan keracunan nicotine.

                     

KEBAIKAN SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri.
  1. Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata.
  2. Merawat penyakit kulit seperti bisul, eczema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema.
  3. Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut.
  4. Anti penuaan dan anti kedut.
  5. Mengatasi masalah resdung dan alahan.
  6. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi.
  7. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti.
  8. Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  9. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress.
  10. Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  11. Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  12. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  13. Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia.
  14. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  15. Merawat jangkitan saluran kencing
  16. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
  17. Sustained release Vita C Plus ialah vitamin C yang  melepaskan perlahan-lahan, mampu bertahan di dalam darah untuk 2 biji selama 24 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.
 

SANGAT SESUAI UNTUK

  • Perempuan dan lelaki, umur 12 tahun keatas
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan bayi (menambahkan air susu)
  • Boleh diambil ketika haid
  • Mereka yang mengambil supplement collagen atau glutathione yang terdapat dalam Advanced Health Joint Tablet (mengoptimumkan fungsi dan serapan bahan tersebut oleh badan)
  • Mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit
  • Perokok (mengurangkan penyerapan nikotin)
  • Mangsa kemalangan yang cedera/pembedahan, melecur.

CARA PENGAMBILAN

1 biji  setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur.

Amalkan minum banyak air kosong (sekurang-kurangnya 8 glass atau 3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.

CARA DAN MASA PENGAMBILAN VITAMIN C

Pengambilan pada sebelah malam 2 JAM SELEPAS makan malam bagi memudahkan penyerapan. Badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam iaitu semasa tidur.

Seelok-eloknya, vitamin C diambil bersama-sama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak atau berminyak. Jangan sesekali mengambil vita C dengan minuman berkafein.

Sustained Release Vita C Plus merembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan tubuh kita. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress atau berhadapan dengan cuaca panas.

Jika kita demam atau selsema,  ambil sebanyak dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Ini kerana semasa tubuh sakit, kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa. Harapan Mai supaya timbul kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya vitamin dalam kehidupan seharian.

Kalau anda Ingin cantik dan mahukan kesihatan yang baik jum beli vitamin c,jangan sayang kan duit anda kesihatan anda lebih penting.

Berminat bole pm/watsapp 012-3064843

28 November 2014

Dtx merawat penyakit hati

Salah satu organ dalam diri manusia yang paling paling penting, cuma ada satu je iaitu hati. Hati kita berfungsi untuk menapis toksin ye, tiada kaitan dengan neurologi keupayaan membuat pilihan. Ye la orang selalu sebut "ikutkan hati". Itu bermaksud membuat pilihan buka secara kognitif / berfikir sebab kita tak boleh berfikir dengan hati!

Baik hati, hati busuk, buah hati. Banyak simpulan kata (waa..last guna perkataan ni zaman sekolah dulu..haha) berkaitan dengan hati. Bahkan terdapat hadis sahih berkenaan hati lebih kurang begini maksudnya. "Dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baik lah keseluruhannya. Jika buruk daging itu, maka buruk lah keseluruhannya. Daging itu adalah hati". haaa. Hari ni saya nak cerita produk Shaklee yang berperanan untuk detoks / cuci hati. Saya pinjam dari blog superbvitamin. Jom study.


Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :

"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."

"Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."

Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu diperlukan untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolisma protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.
 
Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 

Lingkaran gelap pada pada
 
Beberapa peneliti mengungkapkan, lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerusakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahwa lingkaran hitam di daerah mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah suatu tanda bahwa seseorang terserang penyakit hati.

Mata berwarna kuning
 
Mata yang berwarna putih jika Anda penderita penyakit hati akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar Anda harus segera memeriksakan diri ke dokter.

Perut menjadi buncit
 
Perut yang membesar tetapi tidak mengonsumsi banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Pasalnya, perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerusakan di hati.

Bau mulut yang menyengat
 
Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini terkait adanya kelebihan ammonia yang diproduksi dalam tubuh.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu. 

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan," jelasnya. 

"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 

''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum," tambahnya.

Banyak penyakit boleh dihidapi jika hati gagal berfungsi. Dari itu jom jaga organ hati kita dengan DTX Complex Shaklee dan jaga hati kita dengan amalan rohani :-) Kalau ada ragu-ragu berkesan ke DTX Complex ni? Bawah ni ada 1 testimoni keberkesanan DTX Complex.
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Berminat bole pm 012-3064843 sayangilah hati anda,duit bole cari tapi hati tak boleh ganti hehe